Cara Menadah Tangan Ketika Berdoa
SOALAN:
Bagaimana cara menadah tangan ketika berdoa? Ketika berdoa adakah disunatkan seseorang itu melihat dengan mukanya mendongak ke langit?
JAWAPAN:
Tersebut pada himpunan Fatwa Negeri Mesir:
وعلى القول بمشروعية رفع اليدين عند الدعاء رويت عدة حالات فى كيفية الرفع، منها جعل ظهورهما إلى جهة القبلة وهو مستقبلها، وجعل بطونهما مما يلى وجهه.
وروى عكس ذلك. ومنها جعل كفيه إلى السماء وظهورهما إلى الأرض، وروى عكس ذلك وكان ذلك فى الاستسقاء كما رواه مسلم "نيل الأوطار ج 4 ص 9 ".
قال ابن حجر فى الفتح:قال العلماء: السنة فى كل دعاء لرفع بلاء أن يرفع يديه جاعلا ظهر كفيه إلى السماء، وإذا دعا بحصول شيء أو تحصيله أن يجعل بطن كفيه إلى السماء. وكذلك قال النووى فى شرح صحيح مسلم، حاكيا لذلك عن جماعة من العلماء. وقيل: الحكمة فى الإشارة بظهر الكفين قى الاستسقاء دون غيره التفاؤل بتقلب الحال كما قيل فى تحويل الرداء "المرجع السابق
“Dan atas pendapat disyariatkan mengangkat dua tangan ketika berdoa itu diriwayatkan beberapa kelakuan pada cara mengangkat tangan itu. Setengahnya ialah belakang tapak tangan ke arah kiblat dan tapak tangannya mengiringi mukanya.
Dan diriwayatkan juga yang sebalik dari demikian itu.
Dan setengahnya ialah tapak tangannya ke arah atas dan belakang tapak tangannya kepada bumi.
Dan diriwayatkan juga yang sebalik dari yang demikian itu yakni belakang tapak tangan arah atas dan tapak tangan ke arah bumi. Dan adalah yang demikian itu pada solat minta hujan sebagaimana riwayat Imam Muslim.” (Kitab Nailul Authar)
Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar: “Berkata ulama’ disunatkan pada sekalian doa menolak malapetaka bahawa diangkat kedua tangan dengan kedua belakang tapak tangannya ke arah langit dan jika berdoa yang lain untuk menghasilkan suatu bahawa dijadikan tapak tangannya ke arah langit.
Dan seperti itu telah berkata Imam Nawawi pada kitab Syarah Sahih Muslim ia hikayatkan dari sebahagian ulama’.
Dan kata sesetengah ulama’ bermula hikmah menterbalikkan tapak tangan pada solat minta hujan itu tidak pada yang lainnya ialah mengambil sempena memohon memusingkan keadaan iaitu dari kemarau kepada hujan sebagaimana dikatakan juga pada hikmah menterbalikkan rida’.”
Berkenaan melihat ke langit oleh orang yang berdoa itu maka telah berkata Syeikh Athiyah Saqar:
هذا، ويكره عند الدعاء النظر إلى السماء، لحديث مسلم وغيره أن النبى صلى الله عليه وسلم قال "لَيَنْتَهِيَنَّ أَقوَامٌ يَرْفَعُوْنَ أَبْصَارَهُمْ إِلَى السَّمَاءِ فِي الصَّلَاةِ أَوْ لَتُخْطَفَنَّ أَبْصَارُهُمْ”
وقد يحمل النهى على رفع البصر فى الصلاة، أما فى غيرها فلا مانع
Dimakruhkan ketika berdoa melihat ke arah langit kerana hadith Muslim sungguhnya Nabi saw bersabda:
“Hendaklah berhenti manusia dari mengangkat pandangan mereka ke langit ketika berdoa di dalam solat atau akan disambar penglihatan mereka itu.”
Dan terkadang ditanggung larangan melihat ke atas itu ialah ketika di dalam solat. Adapun pada selain solat maka tiada ada halangan.
Wallahua’lam.
Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?