Belum Sampai 2 Tahun Berkahwin, Hanez Suraya Sah Failkan Penceraian,
Kecoh di media sosial dengan berita tergempar bahawa ikatan pernikahan pelakon Hanez Suraya kini hampir dipenghujung apabila Hanez dikatakan telah memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais.
Menurut sumber BH Online, Hanez bagaimanapun tidak menghadirkan diri ke mahkamah dan hanya diwakili oleh peguamnya sahaja.
Dikatakan krisis rumahtangga mereka bermula sejak beberapa bulan yang lalu, namun mereka cuba untuk memperbaiki hubungan dengan cara bercuti ke Jepun baru-baru ini. Walau bagaimanapun, nampaknya usaha itu tidak membuahkan hasil.
Malah terlebih dahulu Hanez pernah menyatakan hasratnya untuk kembali aktif berlakon pada awal tahun ini walaupun pernah memberitahu pihak media bahawa suaminya tidak mengizinkannya kembali ke industri seni.
Hanez dan Romie mendirikan rumahtangga pada 25 Mac 2015 selepas pelbagai kontroversi yang pernah melanda mereka termasuk penceraian Romie dengan isteri terdahulu.
Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahayamata perempuan iaitu Puteri Aleesya yang kini berusia 13 bulan.
Sumber: CARI
-------------------------------------------------
PERFUME LONG LASTING PALING MURAH DI DUNIA
BY
Apa Komen Korang?