Anak AR Badul Hantar Mesej Terakhir, Sebagai Tanda Perpisahan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Anak AR Badul Hantar Mesej Terakhir, Sebagai Tanda Perpisahan


Hari ini berita sedih menyelubungi keluarga pelakon dan pelawak veteran terkenal, AR Badul apabila beliau menerima beria tentang anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia ketika melakukan gimik untuk pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu harini.

Gambar sebelum kejadian
Isteri memberitahu bahawa arwah suaminya meninggal dunia kerana terkena tembakan raifal jenis M4 kerana tembakan berkenaan tersasar sedikit dan terus melepasi baju kalis peluru yang dipakai oleh arwah. Tambahnya lagi, suaminya sempat menghantar mesej kepadanya. Dalam mesej itu berkata, ini merupakan persembahan terakhir beliau.


Menurut info, jenazah akan dibawa pulang pada petang ini dan akan disembahyangkan di masjid Kem Wadieburn, Setapak dan kemudian akan dikebumikan di Ipoh, berkedekatan dengan keluarga arwah isterinya.

Dalam masa yang sama, AR Badul menyatakan rasa sedih dan terkejut dengan berita pemergian anaknya. Arwah Mejar Mohd Zahir Armaya merupakan pegawai kanan tentera bersama pasukan 11 Rejimen Gerak Khas telah meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu.

Gambar selepas terkena tembakan
Ketika kejadian, mangsa memakai baju putih serta bertopeng untuk melakukan aksi seorang penjenayah yang mati ditembak, namun tembakan berkenaan tersasar dan mengenai arwah. Arwah kemudiannya rebah dan didapati tidak sedarkan diri sebelum topengnya dibuka.

Sumber: Mstar dan Bernama

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem

Dikuasakan oleh Blogger.