Lulus Konsep E-Hailing, Tak Bermaksud Lulus Gojek, Kata Anthony Loke
Sumber dari Utusan |
Usul Gojek ini dibawa oleh menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dengan tujuan untuk memberi peluang mat-mat motr dan makcik pakcik yang menjalankan perniagaan kecil-kecil menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar barang. Usul berkenaan telah diterima sebulat suara oleh kabinet. Kelulusan berkenaan telah mendapat reaksi rakyat Malaysia khususnya.
Semalam, menteri Pengangkutan telah mengeluarkan kenyataan bahawa, kabinet hanya meluluskan konsep e-hailing motosikal berkenaan. Tambahnya lagi, meluluskan konsep, bukan bermakna meluluskan Gojek semata-mata. Mana-mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama juga boleh beroperasi.
Kita juga perlukan `trial period' untuk uji perkhidmatan itu. Nak tukar (pinda) undang-udang bukan mudah, kena pergi (bahas) di Parlimen kerana ada keperluan untuk pinda akta berkaitan termasuk Akta Pengangkutan Darat dan akta-akta lain, kata Anthony Loke yang dipetik dari Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
+Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?