Pelajar Dipukau Kerugian RM650 Di Stesen LRT Maluri
Zaman sekarang manusia sanggup lakukan apa sahaja kerana duit. Tidak mengira apa bangsa dan agama sekalipun, tiada apa yang mampu menghalang mereka untuk mempergunakan mereka yang tidak bernasib baik. Itulah yang berlaku kepada ramai pelajar universiti apabila sering dijerat untuk join MLM itu dan ini kerana kurangnya pengalaman dan tak ketinggalan yang dipukau.
Berikut adalah aduan yang diterima;
Hi Oh! Media,
kami student uni baru saja terkena musibah yang disengajakan oleh manusia tak guna. Tempat kejadian lrt maluri.Pada jam 6.00 petang. Pada mulanya pihak berkenaan(chineese) offer utk bg hadiah kononnye kami berjaya menang voucher double.
Mereka bawa kami ke Viva Mall (if im not mistaken lah) Offer berbentuk wang tunai tp dgn syarat kami perlu tunjuk bukti resit balnce bank yg ada dlm bank so we should wdraw all the money & give the resit to them but then the money also dia ambil & rampas bawa ke office katanya nak check nombor siri duit takut palso (konon). Time we all bg duit kitorg tak rasa apa apa pon just give & no arguement about that. Then we wait for the officer utk dtg & bg duit double yang dijanjikan but then suddenly i realize what the hell am i doing, giving the money to someone yg i tak kenal langsung.
Then i start argue them utk pulangkan money kitorg but that chineese told us dorang punye office sudah offline so we should go back to hostel & wait for them utk dtg hostel bg money tu pd jam 10.30 mlm. but i ask for the guarantee i pegang ic dia then bila dia betul2 dtg kat uni kitorg baru i bg balik ic dia then dia tak nak katanya bisnes policy. then i cakap i should snap gambar dorang sbb kalau apa apa jd i ade bukti then pon dorang cakap tak boleh sbb tu bisnes policy.
i naik angin & marah sgt sgt bcs i dah bg money kot rm650 i just mintak pulang kan je. then sebelum dia ambil duit kami, dia minta kami punye ic & no phone & acc number bank so we bg tanpa sedar(maybe we all kena pukau). that my fault. Bila i dah start marah mereka (3org chineese lelaki bdn besar) start tengking2 i & i rasa dia nak lempang i kot sbb my mulut lancang gile bercakap tanpa fikir kesan.
But then i think its ok if i lost my money than kalau dia bawa i dia jual kami lg terok kan so i balik dgn menangis2. so be careful of this guy, ni kawan i yg snap gambar time we tgh discuss. Be careful especially to girls pls jgn jalan sorang sorang kat mana mana pon boleh jd.
I start realize maybe sbb i berdoa byk2 supaya Allah lindungi kami & Allah did. Even i lost my money but Allah dah selamatkan kami. - Myra Nadia.
Kes begini pastinya akan terus berlaku. Kongsi dan sampaikan pesanan pada keluarga dan kawan-kawan terutamanya yang berada di kawasan Cheras/Ampang agar lebih berhati-hati dan jangan sesekali layan sesiapa sahaja yang menyapa kononnya anda menang itu dan ini. Anda tak akan menang apa-apa kalau tak pernah buat apa-apa. Ingat tu.
Apa Komen Korang?