Wanita Hamil 4 Bulan Di Johor Mangsa Ketiga Virus Zika - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Wanita Hamil 4 Bulan Di Johor Mangsa Ketiga Virus Zika


Seorang wanita mengandung empat bulan yang menetap di Taman Desa Harmoni, Johor Bahru menjadi mangsa ketiga dijangkiti virus zika.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata wanita berusia 27 tahun itu pada mulanya mengalami demam, ruam dan sakit badan sebelum dirujuk ke hospital kerajaan di Johor.

Subramaniam berkata, laporan mendapati suami wanita itu bekerja di Singapura dan pihak hospital juga sudah menjalankan ujian air kencing dan darah sama ada dia turut mempunyai virus yang sama atau sebaliknya.

"Ujian ke atas suami wanita berkenaan dilakukan bagi mengesan sama ada virus itu didapati semasa melakukan hubungan kelamin atau mendapat pindahan melalui gigitan nyamuk," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, wanita itu kini masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan akan menerima rawatan susulan.

Sumber: BH Online
Dikuasakan oleh Blogger.