Muhamed Hafiz, Bakal Suami Fara Fauzana Nafi Pernah Berkahwin
Perkahwinan Fara Fauzana yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan secara mengejut oleh bekas penyampai radio itu dengan mendakwa bahawa bakal suaminya, Muhamed Hafiz itu adalah suami orang.
Namun, Muhamed Hafiz tampil menjelaskan statusnya sekaligus menafikan dakwaan Fara Fauzana dan menegaskan beliau tidak pernah berkahwin sebelum ini.
"Status perkahwinan saya bukan alasan pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana."Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara," katanya dalam satu kenyataan media berbahasa Inggeris yang dikirim melalui aplikasi WhatsApp pagi ini.
Dalam masa yang sama, Hafiz juga berkata dakwaan yang berbentuk fitnah tanpa pengesahan yang sahih itu telah mengaibkan merosakkan nama baiknya dalam masyarakat serta komuniti perniagaan.
Perkara itu juga turut menyebabkan tekanan emosi terhadap beliau dan ahli keluarganya.
"Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan oleh banyak media cetak dan media atas talian.
"Pertama, saya tidak menghadiri sidang media (bersama Fara) berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara. Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya.
"Satu lagi perkara tidak tepat ialah usia saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini," katanya.
Selanjutnya, beliau berharap agar pihak media dapat memberikan sedikit privasi kepadanya dan keluarga kerana beliau masih lagi cuba menenangkan diri daripada perkara yang terjadi.
Apa Komen Korang?