8 Cara Cegah Virus Zika Dari Merebak Yang Penting Untuk Ibu Hamil - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

8 Cara Cegah Virus Zika Dari Merebak Yang Penting Untuk Ibu Hamil




Cara mencegah virus Zika yang paling utama adalah dengan mengurangkan risiko daripada terkena gigitan nyamuk.

Antaranya:

1. Memakai pakaian menutup tubuh

Kenakan pakaian berlengan panjang dan juga seluar panjang untuk mengelak gigitan nyamuk.

2. Lengkapi bukaan rumah dengan jaring

Salah satu cara untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah adalah dengan memasang jaringpada bukaan seperti tingkap dan pintu.

Anda juga boleh tidur dalam kelambu sekiranya ada banyak namuk di rumah pada waktu malam.

3. Kurangkan aktiviti luar

Ibu hamil disarankan untuk mengurangkan aktiviti luar, terutamanya pada awal pagi dan waktu lewat petang dan di kawasan yang berkumpulnya nyamuk.

Elakkan daripada mendekati kawasan rekreasi yang tidak bersih kerana ia adalah tempat pembiakan nyamuk.

4. Jaga kebersihan

Kebersihan amat penting sebagai salah satu cara mencegah virus Zika yang paling berkesan.

Seperti yang diulas oleh Dato’ Dr Amar Singh melalui Malaysian Medical Resources, kita semua perlu bekerjasama menjaga kebersihan dalam satu komuniti.

Ini tidak mustahil. Buktinya, di Singapura 50% kes denggi telah dapat diturunkan (dari tahun 1970 hingga 2015) dengan kerjasama dan kesedaran semua pihak.

5. Periksa air bertakung di sekitar rumah

Setiap sudut rumah anda perlu disiasat dan diperinci agar tiada potensi untuk nyamuk membiak.

Periksa tangki rumah anda, pasu-pasu bunga di halaman rumah, longkang, dan juga tempat pembuangan sampah.

6. Gunakan pembasmi nyamuk apabila keluar rumah

Seeloknya, ibu mengandung disarankan agar memilih essential oil, losyen, atau bahan organik kerana ia bebas bahan kimia yang mungkin berisiko.

Antara herba yang biasa digunakan untuk mencegah nyamuk termasuklah serai wangi (lemongrass), lavender, dan juga wangian sitrus.

7. Mengamalkan seks selamat

Dalam kenyataan Dato Seri Dr S.Subramaniam, didapati bahawa virus Zika juga boleh merebak melalui hubungan seks.

Oleh itu, bagi individu yang telah disahkan mempunyai virus ini disarankan untuk mengelakkan daripada hubungan seks ataupun mengadakan hubungan seks yang selamat.

Di samping itu, mereka yang memiliki virus ini dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang tepat bagi mengawal penularannya.

8. Jauhi daerah berisiko di singapura

Bagi yang terpaksa berulang-alik ke negara Singapura, pastikan anda menjauhi daerah-daerah yang berisiko terhadap virus Zika.

Pengarah KKM juga menasihati agar anda sentiasa memantau dan memastikan anda mengamalkan segala langkah di atas ini sebagai untuk cara mencegah sebarang potensi virus Zika.

Sumber: Siraplimau
Dikuasakan oleh Blogger.