7 Cara Anda Boleh Jadi Instafamous Di Malaysia
Mesti ramai yang terfikir bagaimana orang lain boleh popular di Instagram? Apa yang mereka buat sebenarnya sampai jadi popular? Well, apa yang Instafamous ni ada hari ini bukan datang dengan mudah seperti yang disangka. Pelbagai usahaja telah mereka buat sebelum sampai ke tahap dikenali seluruh negara.
Instagram memiliki lebih 400 juta pengguna aktif pada setiap bulan. Di sini peluang wujud untuk sesiapa sahaja bersinar untuk mula dikenali ramai. Bila dah mempunyai ramai followers, pendek kata pelbagai peluang baru yang bakal mengubah hidup anda akan datang dengan sendiri tanpa perlu lagi dicari.
Berikut Ohmedia kongsikan tentang 7 cara bagaimana anda boleh jadi Instafamous di Malaysia.
1. Pemilihan nama dan Public!
Lihat kembali apa nama yang digunakan di Instagram. Adakah ianya menarik? Adakah ianya menggambarkan tentang diri kita atau apa yang nak kita ketengahkan melalui akaun Instagram tersebut? Kalau nama yang dipilih dah ok, terlebih dahulu kalau akaun Instagram kita di set kepada "private", itu perkara pertama yang patut diubah. Go Public!! Tak ada orang yang dapat tengok gambar kita kalau akaun kita tu private melainkan kita memang mahukan akaun peribadi. Perbanyakkan berkongsi gambar tentang aktivti peribadi anda setiap hari kerana untuk menjadi popular, anda perlu sentiasa untuk highlight diri sendiri terlebih dahulu agar dikenali.2. Hanya muat-naik kandungan terbaik sahaja.
Kita perlu fahami tentang mereka yang ingin follow kita di Instagram lebih suka untuk tengok gambar atau video yang cantik-cantik sahaja keluar di timeline mereka. Jadi tiba masa untuk kita mula menilai kembali apa gambar yang dikongsikan samaada cantik atau tidak. Kalau gambar semua kabur atau pecah, boleh mula consider untuk tukar kamera atau phone baru yang mempunyai kamera lebih cantik.3. Gunakan app dan pilih tema tersendiri.
Untuk gambar, cuba untuk tampil lebih berani! Ambil masa untuk edit gambar sebaik mungkin terlebih dahulu sebelum berkongsi ke Instagram. Pelbagai aplikasi boleh digunapakai antaranya VSCO, Snapseed, Afterlight, Aviary, Facetune, dan sebagainya. Pilih tema akaun anda samaada ingin tampil dengan gambar-gambar yang minimalis, tema warna sama rata, dan sebagainya. Biasanya akaun yang mempunyai tema dan gambar yang menarik akan lebih mudah mendapat followers setia mereka yang tersendiri.4. Masa yang tepat adalah segalanya!
Jangan main upload sahaja gambar ikut kita suka. Masa untuk gambar dimuat-naik sangat memainkan peranan besar. Menurut statistik, pengguna Instagram akan mula aktif pada jam 8 pagi hingga 12 tengah malam. Ini bermakna hanya kongsikan gambar di Instagram dalam tempoh waktu tersebut sahaja. Harus diingat komen bagi setiap post biasanya hanya berjalan dalam tempoh 24 sahaja sebelum gambar tersebut tidak lagi menerima respon dari followers anda. Kesilapan memuat-naik pada waktu yang tak sepatutnya hanya membuatkan anda rugi kerana capaian gambar tersebut tidak sampai sepenuhnya kepada followers Instagram anda.5. Gunakan Hashtag!
Instagram membolehkan kita untuk meletakkan hashtag pada ruangan caption setiap. Jadi gunakan fungsi ini sebaiknya tetapi jangan sesekali salah-gunakan dengan meletakkan hashtag yang tidak berkaitan. Ini salah satu cara terbaik untuk mendapatkan followers baru dengan menarik perhatian mereka yang langsung tidak mengetahui tentang anda. 10 hashtag paling popular di Instagram tidak berubah sejak sekian lama. Jadi jangan lupa selitkan mana-mana hashtag yang berkaitan ke dalam post Instagram anda seperti #love, #cute, #girl, #instagood, #photooftheday, dan lain-lain.6. Lebih bersosial!
Mulakan mencari followers baru dengan menjadi followers terlebih dahulu. Biasanya orang yang anda follow akan follow anda semula. Tak salah untuk kita follow mana-mana akaun yang menarik dan bertepatan dengan minat serta fokus kita di Isntagram dan akhirnya dapat melihat mereka kembali untuk follow kita semula.Carta inforgrafik dari ReadWrite seperti di atas menunjukkan gambar di Instagram sangat mudah untuk dikongsi ke platform media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter, Tumblr, Swarm, dan Flickr. Jadi jangan lupa untuk pastikan akaun Instagram anda telahpun disambungkan dengan semua media sosial tersebut dan pastikan setiap gambar yang nak dikongsi di Instagram turut dapat dilihat mereka yang ada di ruang media sosial lain. Ini secara perlahan akan membuatkan lebih ramai perasan kewujudan akaun Instagram anda.
Apa Komen Korang?