Nak Beli Kereta Baru? Lelaki Ini Jelaskan Kenapa Anda Tak Patut Beli! - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Nak Beli Kereta Baru? Lelaki Ini Jelaskan Kenapa Anda Tak Patut Beli!


Setiap tahun ada sahaja kereta baru yang keluar. Ramailah yang mula membuat kira-kira. Lepas tolak gaji sana sikit, sini sikit, mampu ni nak tukar kereta baru. Balance gaji RM500 sangkanya mampu untuk survive sampai hujung bulan. Hakikatnya baru tengah bulan dah makan Mee Maggie. Haha!

Ohmedia tertarik dengan penulisan dari saudara Harith Faisal ni yang mungkin boleh membuka minda anak-anak muda agar mula belajar untuk ukur baju di badan sendiri. Artikel ini telah diubahsuai sedikit untuk tidak menyebut mana-mana jenama kereta.


Sekarang tengah hangat cerita pasal beberapa kereta baru tahun 2016 yang berharga sekitar RM132,000. Saya pun tergugat dengan design dia yang sangat mengancam gila woi.


Ini adalah kereta idaman saya masa zaman sekolah. Kalau ikut gaji saya dan isteri, boleh saja kami angkat satu kereta tu. Memang layak. Tapi disebabkan kami ada asas ilmu kewangan, tak jadi belilah.

Siapa sebenarnya yang mampu dan layak untuk memiliki kereta yang gojes sangat tu? Kita berbalik kepada kiraan asas kereta mampu milik.

➡ Harga kereta: RM132,000

Harga kereta mampu milik yang patut kita miliki mestilah kurang daripada gaji tahunan kita. Jika kita bergaji RM3,500 kita layak untuk beli. Bank boleh luluskan pembiayaan, tapi adakah kita mampu? Jom kira.

➡ RM3,500 x 12 = RM42,000.

Jadi, kalau gaji anda RM3,500 pakai kereta Perodua Myvi RM42,000 sudahlah. Tak payah nak berangan pakai kereta Jepun tu. Orang gaji berapa yang mampu beli kereta tu?

➡ RM132,000 / 12 = RM11,000

Kalau gaji anda RM11,000 silakan angkat kereta tu. Inilah matematik. Memang tak menipu. Yang selalu menipu adalah diri kita sendiri. Tak mampu, tapi acah-acah macam mampu. Rumah pun tak pernah beli lagi tu.

Pepatah kewangan ada mengatakan bahawa, "Jangan kagum sangat dengan kereta baru, kalau masih duduk menyewa". Itupun ramai yang tak puas hati sebab fikir lurus sangat. Puncanya, tak faham maksud yang tersirat.

Jangan risau, jualan kereta terbaru takkan terjejas pun dengan posting macam ni. Mungkin beratus-ratus anak muda akan setuju, tapi beribu-ribu lagi anak muda lain masih membeli kereta di luar kemampuan diri.

Wei, raya nak dekat dah ni! Sekarang ni masa yang sangat sesuai untuk beli kereta baru. Banyak promosi raya. Nanti raya pertama boleh melaram, boleh upload gambar raya sambil posing baring atas kereta.

Nak beli, silakan. Tapi buat kira-kira dulu ya. Untuk kemaslahatan kewangan anda sendiri juga. Tak nak ikut nasihat ni? Sekati koranglah. Haha. - HF

Ok lepas baca apa yang saudara Harith Faisal ni tulis, silalah ambil kalkulator dan ukur baju di badan sendiri. Mampu? Hah pergilah nak beli Lamborghini pun tak siapa nak marah. Tapi kalau tak mampu, duduk diam-diam sudah. Pakailah kereta yang lebih murah di dalam kemampuan diri. Murah pun tak apa kerana tujuan kereta tu dicipta untuk bawa kita dari point A ke point B. Bukannya untuk tunjuk kita mampu walau hakikatnya, kita dan Allah sahaja yang tahu.

Dikuasakan oleh Blogger.