Acapan Nafi Peluk Islam, Akui Masih Belum Bersedia
Awal pagi tadi tersebar satu berita yang mendakwa pelakon Acapan telah memeluk agama Islam malah gambar serta video dakwaan tersebut turut viral di media sosial.
Namun, pelakon veteran itu telah tampil dan menafikan segala khabar angin yang tersebar malah menjelaskan bahawa dia memang berada di majlis berbuka puasa kerana memenuhi jemputan berbuka puasa dari beberapa kenalannya.
Menurut Acapan, walaupun dia mempunyai niat untuk memeluk agama Islam namun mengakui dirinya masih belum bersedia untuk ke arah itu.
"Saya belum bersedia memeluk Islam, tetapi sudah lama mendalami agama ini," kata pelakon dan pelawak, Acapan, 58.Tambahnya lagi, dia tidak tahu siapa yang menyebarkan gambar dan video berkenaan. Malah, Acapan juga turut membuat satu laporan polis bagi menafikan segala khabar angin yang tersebar.
"Saya tahu, dalam perkara ini (memeluk Islam) perlu lahir daripada hati yang ikhlas. Saya tidak mahu masuk Islam kerana terpaksa.
“Saya akui niat untuk memeluk Islam itu sudah lama ada dan saya juga sudah mendalami ajaran Islam bertahun-tahun lamanya," katanya.
“Saya akui mereka memang mengharapkan saya memeluk Islam, tetapi buat masa sekarang saya belum bersedia,” katanya.
+ Baca respon pembaca di Pages Oh! Media
Apa Komen Korang?