'Aku Yang Pakai Kau Yang Panas' - Neelofa Jawab Kepada Netizen Kritik Bajunya Jarang - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

'Aku Yang Pakai Kau Yang Panas' - Neelofa Jawab Kepada Netizen Kritik Bajunya Jarang


Mata rakyat Malaysia memang tajam dalam mencari kesalahan manusia lain. Mungkinkah Allah mengurniakan kebolehan ini khas kepada kita? Huhu.

Gara-gara sekeping gambar berbaju putih yang dimuatnaik oleh Neelofa semasa beliau mengunjungi Istanbul baru-baru ini, dia menerima kritikan oleh netizen kerana menganggap baju yang Neelofa kenakan adalah jarang sehingga menampakkan baju dalamnya.

Jawapan Neelofa:

"Nak tirulah macam wak doyok cakap "aku yang pakai kau yang panas/kecoh" kalau dah pakai 2 lapis inner pun kata jarang jugak, rasanya kak lofa tak mampu nak pakai 10 lapis inner kot.
p/s: cuaca di istanbul ni agak sejuk so memang kena pakai atleast 2 lapis kalau tak kulit kering yea sayangku."
Menurut Neelofa, dia telah memakai dua lapisan baju ketika berada di Istanbul kerana cuaca yang sejuk.
Dikuasakan oleh Blogger.