Fasha Sandha Tidak Tahan Dengan Sikap Jejai, Nekad Buat Laporan Polis?
Aktres cantik, Fasha Sandha dikatakan sudah tidak tahan dengan dengan sikap bekas suaminya sehingga dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis terhadap Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli.
Difahamkan, Jejai sering menggangu Fasha dengan memasuki kediamannya tanpa kebenaran. Malah, Jejai juga dikatakan turut bertindak mengawal pergaulan Fasha sehingga memberi amaran kepada rakan-rakan Fasha.
Namun, Fasha mengambil langkah untuk tidak memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 April 2011 dan dikurniakan dua orang cahayamata namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Sumber
Apa Komen Korang?