(Inspiring) Gagal dalam Pengajian Biasiswa TPM IPTA & Didenda RM100,000 Tidak Menghalang Lelaki Ini Terus Berjuang - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

(Inspiring) Gagal dalam Pengajian Biasiswa TPM IPTA & Didenda RM100,000 Tidak Menghalang Lelaki Ini Terus Berjuang


Tentu ramai yang mengharapkan bantuan biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) untuk sambung belajar. Apapun bukan calang-calang orang yang boleh dapat biasiswa TPM ni. Tapi bila dah dapat, memang besar beban yang akan terletak dibahu. Paling menakutkan, kalau pengajian tak habis tak kiralah apa masalah pun, dari biasiswa akan betukar menjadi hutang RM100 Ribu. Itulah yang berlaku kepada saudara Nizam Yazid yang akan Ohmedia kongsikan ini.


Sememangnya takdir penentu segala. Kita memanglah tak mahu untuk gagal, tapi kadangkala keadaan yang memaksa kita untuk terpaksa gagal dan setiap kegagalan, pasti ada bayarannya begitu juga dengan kejayaan, ada ganjarannya. Insan yang hebat adalah insan yang tidak berputus-asa mala menjadikan kegagalannya sebagai batu loncatan untuk menemui kejayaan.

Ikuti kisah penceritaan saudara Nizam Yazid di bawah ini;

TERIMA TAWARAN BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM)

Biasiswa TPM sebuah IPTA dibuka sesi 2016
Iklan yg sama aku dengar 6 - 7 tahun lepas, dan hari ni, ada dua tiga orang sahabat tanya, “eh zam, ko dulu ambil Biasiswa TPM kan? Cam mana? Best kan?” Kenapa tanya best ke tak? Sebabnya bila dapat biasiswa ni Cuma perlu belajar, habis belajar terus serap jadi Pensyarah IPTA tersebut, Elaun dapat hampir RM2,200 sebulan dan segala yuran ditanggung . Memang la best kan. Jadi, pada masa bersamaan 2 November 2015 semasa entry ni ditulis, permohonan telah dibuka. So mesti ramai yg tertunggu dan tak sabar nak isi dan berebut nk dapatkan peluang.

Jadi berikut , aku terpanggil utk berkongsi pengalaman. Nak terpilih tu bukan senang,hantar borang, terpilih dalam saringan pihak Universiti, tahap kedua kene pergi interview dan mock teaching , kalau tak silap lagi la, sbb dah lupa sikit. Ok semua stage tu aku dah lepas dah , kira ‘segak’ la ni sbb dah Berjaya lepas. Ok so, tunggu punya tunggu ambil masa gak sebulan – dua bulan atau lebih, sebelum keputusan muktamad kita terpilih tu diumumkan. Ok settle, aku terpilih.

TIPS PENTING

So sebelum korang isi borang tu, aku nak sarankan kpd korang, beberapa perkara PENTING;

1. Persiapan
Ingat biasiswa ni ada komitmen, ko lepas terpilih jangan toleh belakang, mcm aku dapat dlm bidang ekonomi kene buat research, so ko yg baru lepas degree, tak sama master dalam research ni. Nampak banyak masa sbb ko tak ada kelas, tapi sebenarnya setiap masa ko sangat terhad, banyak benda baru ko nak belajar. Tak ada rileks sebenarnya. Aku nak pikir dan pilih tajuk shj dah setahun, dlm dua tahun dh kene habiskan belajar.

2. Kewangan
Start dari ko mohon, ko terus simpan duit, kalau ko dah terpilih, tempoh masa dari ko isi borang dapat biasiswa sampai nk dapat duit masuk hampir 5-8 bulan atau lebih, masak la nk cari duit masa tu, masa dapat duit mmg sedap, sekali selepuk RM10k++ sbb terkumpul. Jgn ko joli pula.

3. Komitmen
Biasiswa ni ada kontrak, so ko tak habis dalam masa ditetapkan, atau ko gagal, atau ko berhenti atau ko tak nak sambung belajar, ko kene denda RM100 RIBU , ingat tu RM100 RIBU bukan main2. Katakan ko Berjaya habis belajar dan sambung kerja sbg pensyarah, korang terikat 7 tahun kalau tak silap sbg pensyarah, tp mungkin boleh habis awal kontrak tu, ikut pada pihak universiti.

4. Mental
Kuatkan semangat , bukan tugas mudah, tapi tak susah, prepare diri utk paksa habiskan belajar.

DUGAAN DAN CABARAN

Ok tu tips yang tak seberapa la kan yg aku nk kongsikan , TAPI point nya kenapa aku nak kongsikan sbb aku antara pelajar yg GAGAL dan DIDENDA RM100 RIBU oleh sebuah IPTA kerana gagal menghabiskan pelajaran aku dlm Master dan sebagai pelajar biasiswa TPM. Masa 2013 masa aku dalam sesi pengajian ni , ada beberapa DUGAAAN BESAR berlaku, so korang kena sedia secara zahir dan batin, sebabnya langit tak selalu cerah.

So antara DUGAAN tu adalah;

1. Aku nak Kahwin Sangat, jgn ckp poyo, tapi aku masa tu umur 25 tahun lagi, so nk kejar pahala sunnah. Kahwin tak salah, tapi ingat ko kene tanggung isteri lepas tu. Isteri pula tengah belajar lagi masa tu. Nak sangat kahwin, amek ko. Hehe!

2. Mak Mertua meninggal setahun selepas kahwin masa dalam tempoh pengajian aku.

3. Bapak Mertua kene serangan jantung, family di jb, aku belajar di sebuah IPTA di shah alam, so aku kene selalu ulang alik shah alam – jb, sampai hancur kereta kelisa aku. Mmg research tak ada kelas, tapi mood ko belajar konon2 bila dekat dgn IPTA tersebut.

4. Adik bongsu aku kemalangan motor, aku anak laki yg tua dalam keluarga, so kene la balik jb , tengok dan amek tau hal adik aku, ayah pon kerja lagi. Adik aku patah kaki, dan kene operate masuk besi, dlm masa dua tahun Alhamdulillah makin baik.

5. Kewangan yang semakin terhad nak sara keluarga atas dasar tanggungjawab, keluarga sendiri, keluarga isteri dan keluarga baru aku

BERANI GAGAL

So, atas semua sebab di atas, aku letakkan semuanya sebagai satu ALASAN peribadi aku GAGAL dlm pengajian aku. Masalahnya aku tak pandai bahagikan masa, tak prepare dengan baik dan mood belajar tu dah hilang lepas 2 tahun dah bekerja.

Jadi masa tahun ketiga tu, supervisor atau pensyarah yang pantau aku tu, dia dh bagi amaran sebab research aku tak ada kemajuan, dan aku tau aku dah tak boleh pergi jauh dah dengan pengajian . Dulu, masa aku belajar Ekonomi, aku selalu ingat pasal KOS LEPAS, iaitu Ko kena buat pilihan dari Dua perkara yg terbaik, ko kene pilih salah satu sbg pilihan utama ko dan pilihan kedua ko kena lepaskan. Jadi masa tu aku terus nekad, aku terpaksa gagal, dan berani utk gagal dalam pengajian.
Surat Denda RM100 Ribu =.='

LANGKAH PERTAMA

Jadi dalam tempoh pengajian tu aku mula buat research mengenai perniagaan di online. Mcm biasa la, kene pikir, apa nak niaga tu semua. Cari punya cari, aku berminat dalam perniagaan Fesyen Muslimah. Jadi apa yang aku buat, aku fahamkan apa erti perniagaan online, apa itu dropship, apa itu jenis kain, ukuran dan perkara2 berkaitan fesyen muslimah. Paling best, masa aku start jual , gadis2 yg nk beli tanya “ukuran tinggi saya 160cm, agak2 kalau baju ni 140 cm, sy muat tak? Sy takut singkat, kalau singkat susah, kalau labuh boleh potong” , jadi aku tak ada ilmu tapi ada usaha, aku pon google dulu tapi tak paham gak, aku try tanya orang, tp mungkin salah orang, so aku pon ambil pembaris aku, aku ukur kat kawan aku dari bahu ke kaki , so aku dapat lah labuh baju berapa, lepas tu aku ukur dr tengkuk ke ujung atas kepala tu berapa cm, so aku tambah kan dapat lah ketinggian, dr situ aku dapat formula sendiri mcm mana nk tentukan labuh baju dengan ketinggian yg sesuai.

Bermula dari situ, Aku bermodalkan RM120 (RM50 bayar upah logo + RM70 daftar SSM) , aku jadi dropship agent, dan berkat pertolongan Allah, usaha, tawakal dan tak berputus asa , Kini , perniagaan yg bernama GAYEKINISHA sudah hampir 3 tahun. Dari komisyen yg aku terima dari jualan baju tu, aku kumpul sedikit demi sedikit, dan aku mula menghasilkan keluaran baju sendiri sehingga hari ni.

PLOT PERNIAGAAN



Tahun pertama – Jadi Agent dropship, modal rendah, atau tak perlu keluar modal. Kumpul komisyen dan untung sedikit demi sedikit jualan secara online di Instagram (129K followers) dan Facebook (30K followers).

Tahun kedua – Mula buat produk baju jubah muslimah sendiri , mula masuk bazaar, dan bazaar raya , dan mula mencari agent dropship dibawah GAYEKINISHA.
Jubah Rekaan Pertama dan Bazar Ramadhan Pertama di Sacc Mall Shah Alam

Gambar Kiri : Keadaan ‘terpaksa’ apabila setiap pelusuk rumah dipenuhi stock.
Gambar Kanan : Butik Pertama dibuka di Seksyen 7, Shah Alam pada 15 Februari 2015

TIADA PINJAMAN PERNIAGAAN

Bulan April 2016 kami menghampiri tahun ketiga perniagaan, Alhamdulillah kini aku dan isteri telah mempunyai Butik Pertama, di Seksyen 7 Shah Alam. ‘Terpaksa’ bukak butik sebab rumah yg kami sewa sekarang ni dah tak boleh tampung stock baju2 jubah muslimah kami. Dan yang paling penting, aku belum lagi membuat sebarang pinjaman perniagaan utk tujuan membuka butik atau sebagainya yg berkaitan perniagaaan Gayekinisha. Kini Kami mempunyai dua orang Pembantu Kami iaitu Ain Dan Ieka yg membantu urusan di butik.
Pasukan Gayekinisha , Ganjaran tahun 2016 di Phuket.

MAKNA "GAYEKINISHA"

Nama GAYEKINISHA adalah gabungan nama GAYE (bergaya) sebutan dalam JOHOR punya cara, Kini (terkini) dan SHA (Sharifah Hafiza Adibah) nama isteriku. Masih belum cukup Berjaya tapi Alhamdulillah aku masih berusaha bersama isteri dan berkat doa ibubapa ,sokongan rakan2 dan dengan izin Allah, kami akan cuba kembangkan lagi EMPAYAR GAYEKINISHA.
Temuramah di Metro Ahad

KESIMPULAN

Ini semua adalah cerita benar yang berlaku kpd diriku Mohd Nizam Bin Mohd Yazid, pelajar yg gagal dalam pengajian MASTER TPM, dan kini adalah PENGASAS kepada GAYEKINISHA (facebook.com/gayekinishacollection dan instagram.com/gayekinisha) , kini, adalah menjadi kewajipan aku untuk melunaskan hutang RM100 ribu itu, dan itu merupakan AMANAH yang perlu aku tanggung dan bayar. IPTA tersebut pon tak kejam sangat, aku still kene bayar, Cuma bayar bulanan sebanyak lebih kurang RM850 sebulan selama 10 tahun. In shaa allah akan ku usahakan utk habiskan bayaran secepat mungkin.

'Tujuan aku, Nizam Yazid kongsikan cerita ni bkn utk menakutkan2 tp utk menjadi pengajaran kpd org lain, supaya lb bersedia, dan pilihan yg dibuat adalah dalam keadaan sedar tentang akibat Dan padah melanggar kontrak TPM'


Ohmedia difahamkan melalui Facebook Gayekinisha yang mereka akan membuat sales di butik mereka pada 28 November 2015 ini. Selain di Facebook, anda boleh juga terus terinspirasi dengan mengikuti mereka di Instagram.

Untuk yang akan berkunjung ke #MoodRepublikIpoh pada 5 & 6 Disember juga #MoodRepublikYes di PWTC pada 18 hingga 20 Disember nanti, jangan lupa untuk temui Gayekinisha di sana. Kalau berminat nak berjinak-jinak dengan dunia dropship, mereka sudi membantu anda juga untuk berjaya. Hubungi terus di Whatsapp 0167130949.

Kami berharap perkongsian ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana bahawa kegagalan bukan bermakna untuk selamanya sebaliknya dengan usaha dan kerja keras, semua mampu mengubah nasib sendiri dari seorang yang gagal kepada seorang yang berjaya dan disegani.
Dikuasakan oleh Blogger.