Diana Danielle Selamat Lahirkan Anak Perempuan Dengan Teknik Dalam Air - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Diana Danielle Selamat Lahirkan Anak Perempuan Dengan Teknik Dalam Air


Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik Diana Danielle dan Farid Kamil kerana selamat menimang cahayamata kedua.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar”

“Selamat datang ke dunia wahai anakku,” kata Farid kepada BH Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp. Selain itu, Farid juga berkongsi cerita bahawa isterinya melahirkan anak kedua mereka menerusi teknik bersalin dalam air.

OHMEDIA: Lengkap keluarga Farid Kamil & Diana Danielle. Semoga terus berbahagia hingga ke akhir hayat.

Dikuasakan oleh Blogger.