8 Forest Resort Di Malaysia Sesuai Untuk Percutian Santai Anda
Apabila tiba waktu cuti, pasti ramai yang memilih untuk mengadakan percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Ramai yang memilih untuk bercuti di pantai dan pulau-pulau.
Namun, percutian di resort yang berkonsepkan nature di dalam hutan ini pasti menjanjikan pengalaman yang luar biasa.
Berikut merupakan resort forest yang terbaik di Malaysia dan sesuai dijadikan pilihan untuk relaxing gateway anda.
1. Sekeping Serendah, Selangor
Website : sekeping.com/serendah
2. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan
Bagi yang nak lari dari hiruk pikuk kota dan mahukan kedamaian alam sekitar yang tenang, ini lah tempat paling sesuai. Malah anda boleh merasai suasana seolah-olah berada perkampungan di Bali.
Website : thedusun.com.my
3. Belum Rainforest Resort, Grik Perak
Belum Rainforest Resort merupakan salah satu destinasi percutian ekopelancongan terulung di Malaysia. Segalanya sangat natural dan menenangkan.
Website : http://www.belumresort.com/index.html
4. Tanah Aina Farouq, Raub Pahang
Tempat perlancongan Tanah Aina sememangnya terkenal dengan konsep santai dan bersifat nature. Tanah Aina mempunyai empat lokasi iaitu, Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong Pahang, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor, Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak dan Tanah Aina Farouq di Raub Pahang.
Website : http://www.tanahaina.com/
5. The Shorea, Seremban Negeri Sembilan
Resort The Shorea ini tersenarai antara villa paling cantik dalam Asia yang patut dikunjungi di Malaysia. Vila ini sesuai untuk percutian keluarga besar atau group gateway.
Website : theshorea.com
6. Time Capsule Retreat, Sungai Lembing Pahang
Time Capsule Retreat ini akan memberikan pengalaman percutian yang unik dan lain dari yang lain. Anda akan menikmati keindahan alam semulajadi daripada kabin yang berkonsepkan tiub.
Website : timecapsuleretreat.wix.com/home
7. Dusuntara Jungle Retreat, Batang Kali Selangor
Dusuntara Jungle Retreat hanya terletak lebih kurang satu jam perjalanan daripada bandar Kuala Lumpur. Tempat ini mungkin menjadi rahsia terbaik untuk percutian anda bersama keluarga mahupun kawan-kawan tanpa untuk mencari ketenangan.
Website : dusuntarajungleretreat.com
8. Eight Acres, Raub Pahang
Website : http://eightacres.net/
Apa Komen Korang?