10 Perkara JANGAN BUAT Sewaktu travel Backpacker
Banyak info pasal travel terangkan apa korang kena buat kan? Kali ni nak share perkara yang korang JANGAN BUAT:
Jangan makan atau minum di kawasan tumpuan pelancong
by logik harga yang diletakkan memang mahal. Lagi satu kuantiti makanan pun sedikit. Sebab bila owner cafe or restoran tau yang pelancong ni takkan datang balik, jadi depa tak perlu risau dengan tahap konsistensi penyediaan makanan. Logik kan?Jangan tukar duit di airport
Airport adalah lapangan terbang. Logik akal mengatakan kapal terbang banyak digunakan oleh pelancong perniagaan atau mereka yang ada banyak duit. Selain itu, kos sewa premis di lapangan terbang juga lebih mahal. Jadi untuk menampung kos, depa akan kenakan caj tambahan setiap kali kita nak tukar duit. Kalau terdesak, just tukar dalam kuantiti sedikit sebelum tukar di bandar.Jangan abaikan travel insurans
Jangan abaikan penginapan di hostel
Jangan naik teksi
Jangan tukar atau ganti masa korang dengan wang ringgit
Adakala kita sangat teringin untuk berjimat sewaktu travel. Untuk jimat sekitar rm100, korang sanggup ambik flight yang ada 2 kali transit. Adakah berbaloi rm100 dengan korang terpaksa letih dan macam2 ragam kat airport lagi. Ya, ia berbaloi kalau korang jalan kaki 10 minit berbanding bayar bas RM5 tapi untuk perjalanan jauh ia akan merugikan masa dan tenaga. Kita tak perlu terlalu berkira seteruk itu. Selalu buat penilaian wajar antara masa dan wangJangan tempah terlalu awal
Mungkin ada yang excited gila nak travel dan tak nak kelam kabut keja last minute. Tapi kadang2 persediaan terlalu awal boleh sebabkan korang bayar lebih mahal. Sabar dan tunggu promotion dari airlines dan hotel. Untuk flight, biasanya airlines akan buat promo 2 bulan sekali dan waktu terbaik sekitar 4 hingga 10 minggu sebelum fly. Airlines akan letakkan harga base on permintaan.Jangan masuk mesin imbasan badan selagi beg korang tak masuk dulu
Jangan kedekut duit untuk wrap bag korang kat KLIA
Ada kemungkinan beg pecah atau barang korang kena rembat agak masa loading bag masuk kargo. Paling sadis kalau ada orang masukkan barang terlarang. Kita nak travel kalau boleh tak nak benda benda tak seronok berlaku. Just ambik langkah pencegahan je.Jangan abaikan tourist info
Tempat yang paling selamat untuk korang bertanya arah dan tempat menarik adalah di sini. Mereka dibayar gaji untuk bagitau korang perkara terbaik apa yang sedang berlaku dan apa yang patut anda buat dan lawat. Secara amnya, mereka tau keseluruhan tentang bandar tersebut dan info biasanya tepat dan pasti korang takkan kena scam punya. Try ni ya.. korang takkan sesat.
Apa Komen Korang?