Sweden Negara Pertama Luluskan Waktu Bekerja 6 Jam Sehari - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Sweden Negara Pertama Luluskan Waktu Bekerja 6 Jam Sehari



Sweden dengan rasminya menjadi negara pertama yang menetapkan tempoh bekerja selama 6 jam sehari.

Pada April 2014, pemerintahan Gothenburg iaitu kota terbesar di Sweden telah melakukan rencana eksperimen waktu bekerja selama 6 jam setiap hari. Itu bertujuan untuk memperbaiki keseimbangan dunia perniagaan dan kehidupan peribadi seseorang pekerja kerana hal itu diyakini mampu meningkatkan produktiviti setiap pekerja.


Setelah tamat tempoh percubaan, perkara itu dianggap berjaya kerana sejumlah perusahaan di Sweden telah mengikuti anjuran pemerintah Gothenburg.
"Saya rasa waktu kerja selama 8 jam setiap hari tidak seefektif yang orang fikir. Untuk kekal fokus dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan selama 8 jam adalah cabaran besar.

"Untuk bertahan bekerja selama 8 jam, kita biasanya melakukan hal lain atau berhenti agar pekerjaan itu dapat diselesaikan. Di waktu yang sama, kita jadi sukar mengatur kehidupan peribadi di luar pekerjaan.

"Saya melihat kaedah ini membuatkan pekerja menjadi lebih fokus malah masih mempunyai tenaga dan stamina apabila pulang ke rumah." jelas Lindus Feldt, CEO kepada aplikasi teknologi Filmundus.

Namun dalam masa yang sama, Feldt meminta pekerjanya agar tidak menggunakan media sosial atau melakukan hal-hal yang lain ketika waktu bekerja selama 6 jam itu.

Tambahnya lagi, para pekerjanya menyambut baik kaedah yang sudah dijalankan di syarikat Filmundus sejak tahun lalu.

OHMEDIA: KORANG RASA EFEKTIF TAK KALAU BUAT KAT MALAYSIA?

-------------------------------------------------------- 

https://www.facebook.com/ohperfumenista
Dikuasakan oleh Blogger.