Kerana Rindu, Bayi Lena Beralas Baju Ibu Yang Sedang Koma
Sayu hati kami apabila menbaca perkongsian seorang lelaki mengenai anak kepada abang iparnya yang tidur nyenyak beralaskan baju ibu yang sedang koma dan terlantar di hospital.
Katanya, sudah hampir seminggu ibu bayi ini terlantar di ICU kerana mengalami pendarahan teruk di bahagian badan dan kepala akibat dirempuh dan ditanduk oleh lembu korban.
"Kerinduan terhadap ibunya. Baby Ariq tido atas baju ibu nya dgn nyenyak skali. Kebiasaan Baby Ariq tido atas badan ibunya setiap malam. Sudah seminggu ibunya koma di Hospital Pulau Pinang akibat insiden ditanduk lembu korban. Baby Ariq juga demam sehari sebelum kejadian. Sgt2 sebak dalam menjaganya ketika demam ditambah dgn kerinduan terhadap ibunya. Mohon saudara mara, shbt handai dan rakan2 ku sama2 berdoa utk Ibunya Norpiah Binti Mattahari kembali sedar dgn normal dan sihat seperti sediakala. Hanya Allah sahaja yg akan membalas jasa baik kalian semua."
Menurut Zakry, ibu bayi berusia 6 bulan ini sudah 2 kali menjalani pembedahan di kepala akibat ditanduk oleh lembu semasa menguruskan penghantaran lembu-lebu korban. Wanita yang bertugas sebagai Pegawai Felca itu kini berada dalam keadaan kritikal.
Kronologi Kejadian
Cerita Sebenar ~ Mangsa terlibat adalah Norpiah Mattahari, Peg. Veterinar Felcra Jeniang & Seorg Pemandu Felcra. Kejadian Berlaku ketika mereka sedang bertugas di mana mereka telah ditugaskan utk pergi menghantar lembu korban ke kg berkenaan di P.Pinang.Semasa lembu di turunkan, lembu berkenaan telah terputus tali & lari. Tetapi secara tiba2 juga lembu berkenaan telah berpatah balik ke arah lori di mana pemandu, Nor & masih ada lembu2 lain di atas lori. Pemandu sempat mengelak Tetapi Nor di rempuh & ditanduk oleh lembu berkenaan dari arah belakang (bhgn perut & pinggang) & Terdapat kecederaan parah & pendarahan di blkg kepala kiri & kanan mangsa Mengikut pemandu, Nor melambung & kemudian terjatuh & blkg kepalanya terantuk di birai longkang (konkrit).
Sehingga kini Nor masih koma & kritikal. Dua Pembedahan segera telah selamat dilakukan pd malam kejadian & keesokkan harinya & sudah ditebuk di leher utk ganti pernafasan ptg kelmarin.
+ Perkongsian oleh Zakry Mahkota
Apa Komen Korang?