Review: Samsung Galaxy Note 5 - Versi Note Paling Premium Setakat Ini?
Untuk review kali ini, Ohmedia akan membawakan review ringkas tetapi padat untuk phablet terbaru daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy Note 5. Seperti yang kita sedia maklum, siri Note merupakan siri yang paling penting untuk Samsung untuk terus mendominasi pasaran telefon pintar. Melalui siri Note ini, Samsung akan sumbat segala teknologi terkini yang mereka ada ke dalam sebuah smartphones yang berprestasi tinggi.
Unboxing:
Sebelum Ohmedia kongsikan lebih lanjut tentang Galaxy Note 5 ini, elok untuk kami ceritakan dulu tentang 3 kekurangan utama terlebih dahulu yang ada pada Note 5 ini berbanding siri Galaxy Note sebelum ini. Mungkin bagi sesetengah orang ianya tidak dianggap sebagai "kekurangan", namun apa yang terjadi pada Note 5 ini adalah yang pertama kali sejak barisan Note mula diperkenalkan kepada dunia.
KEKURANGAN
Berbanding versi Note sebelum ini, Note 5 mempunyai beberapa kekurangan jika nak dibandingkan dengan barisan Note terdahulu. Berikut adalah apa yang dapat kami simpulkan.1. Bateri Tidak Boleh Dikeluarkan.
Biarpun dilengkapi dengan fast charging, rata-rata peminat Note agak berang apabila Note 5 tidak lagi boleh dibuka dibelakangnya. Ini kerana Samsung kini memfokuskan peranti yang lebih premium dalam binaan metal dan juga kaca. Perkara ini sekaligus membuatkan "power user" tidak lagi boleh membawa bateri simpanan mereka ke mana-mana sahaja sebaliknya terpaksa bergantung kepada Power-Bank. Apapun Ohmedia merasakan ianya satu pengorbanan yang kecil berbanding feeling premium yang ada pada Note 5 ketika ini yang dapat dirasai si pemakai.
2. Tiada Sokongan Micro-SD
Sesetengah pengguna (power user) amat memerlukan sokongan Micro-SD ini. Mungkin untuk tujuan meletakkan ratusan-ribu lagu ataupun ada yang menggunakan phone mereka untuk tujuan muat-naik filem dan sebagainya. Dengan ketiadaan slot untuk Micro-SD pada Note 5, pengguna hanya tersekat dengan kapasiti 32GB dan juga 64GB sahaja.Biarpun kini teknologi "Cloud" semakin mendapat sambutan, namun masih ramai yang lebih percayakan data mereka disimpan di dalam phone sahaja. Apapun Samsung mempunyai sebab mengapa mereka tidak meletakkan sokongan Micro-SD ini.
Menurut laporan, tindakan ini dilakukan bagi membolehkan flagship device Samsung seperti Galaxy S6, S6 Edge, Note 5 dan Note Edge+ mempunyai prestasi yang lebih baik dan lancar. Sesetengah pengguna menggunakan Micro-SD berkeupayaan rendah dan ini sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada kelancaran sesebuah smartphone. Itu sebabnya sejak dahulu, iPhone tidak pernah menyokong Micro-SD.
3. Tiada Lagi Sokongan Infra-Red (IR-Blaster)
IR-Blaster sentiasa ada pada siri Note sebelum ini. Melaluinya, pengguna boleh mengawal TV, Aircond, Astro, dan banyak lagi. Pendek kata kita boleh lupakan remote control dan hanya gunakan phone sahaja untuk mengawal semua barangan elektrik yang mempunyai remote control. Namun melalui Note 5 ini, fungsi tersebut dibuang oleh Samsung atas sebab yang masih kabur kenapa dan mengapa.
4. Habis Melakat Cap Jari!!
Samsung Galaxy Note 5 memang tak dinafikan satu device yang sangat cantik dan power even iPhone 6S yang akan keluar nanti pun tak mampu nak saingi segala features yang dia ada (tapi iPhone 6S ada features yang tersendiri seperti 3D Touch). TETAPI, design dia memanglah nampak cantik dan elegan sehinggalah korang mula start pegang Note 5 ni kat tapak tangan. Bila tengok balik, dah penuh dengan cap jari!! Urghhh annoying sentiasa nak kena lap atau phone nampak bersepai habis. Selain tu, biarpun glass depan dan belakangnya menggunakan Gorilla Glass 4, jangan ingat ianya tak mudah calar tapi sangat mudah untuk calar sebenarnya biarpun 24 jam korang berjaga-jaga.
Tapi siapa yang tak suka pakai casing pada phone, kita geng! Berjuta syarikat phone keluarkan duit buat research untuk dapatkan design cantik-cantik tapi at the end korang pakai casing, memang mencacatkan design serta keselesaan bila kita memegangnya. Nak nak lagi yang armor apakebenda namanya tu tak pasal-pasal phone nipis jadi tebal nak mam.. 2 minggu lepas #ohmedia pun order skin dengan texture 3D Carbon Fiber ni dari #SlickWraps dan semalam baru sampai. Ialah jauh dia nak hantar dari US tu. Memang sangat berpuas hati dan sangat recommended. Skin dia yang menggunakan pelekat 3M memang penuh di bahagian belakang, tepi, dan depan di mana melindungi phone sepenuhnya. Banyak pulak design boleh pilih tak kiralah phone apa pun. Korang tengoklah kat website diorang sendiri. - via Instagram @ohmedia
KELEBIHAN
1. Mempunyai skrin yang sangat cantik
Tidak perlu kami kongsikan spesifikasi skrin QHD'nya, cukuplah kalian tahu yang buat masa ini Samsung Galaxy Note 5 adalah smartphone yang mempunyai skrin paling cantik berbanding mana-mana smartphones di dalam dunia ini.2. Rekaan yang premium
Sama seperti Galaxy S6, anda akan jatuh cinta apabila pertama kali memegang Galaxy Note 5 ini. Dengan rekaan metal dan kaca, kedua-duanya mempunyai design yang lebih kurang sama cumanya Note 5 ini curve di bahagian belakang sekaligus membolehkan phone dalam kategori phablet ini walaupun besar, tetapi mudah dipegang.3. S-Pen
Ini adalah apa yang membuatkan Note adalah Note! Ya, S-Pen! Tanpa S-Pen ini Galaxy Note 5 tak lain tak bukan hanya sekadar Galaxy S6 dalam saiz yang besar. Pelbagai pembaharuan diletakkan sebagai penambahan features S-Pen sebelum ini dan semua pembaharuan tersebut memberikan kesan yang besar dalam urusan harian kami. Lebih menarik, kini pengguna boleh menulis di atas skrin tanpa perlu unlock phone terlebih dahulu.
4. Kamera
Mempunyai spesifikasi kamera yang sama seperti Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge, peranti Note 5 ini kekal sebagai smartphones dengan kamera terbaik setakat ini. Dengan saiz 16MP dengan aperture F/1.9, setiap gambar yang anda ambil akan kelihatan cantik. Berikut antara contoh gambar yang sempat Ohmedia ambil.Melalui Note 5, Samsung menambah beberapa features baru melalui software di mana kini pengguna boleh menggunakan kamera untuk merakam video LIVE terus ke Youtube tanpa perlu menggunakan apa-apa software lain. Pengguna juga kini boleh merakamkan video dalam bentuk collage dan ini salah-satu features wajib ada untuk penggemar Instagram.
Selain itu kebolahan merakam dalam saiz 4K (UHD) terus dikekalkan dan ditambah baik. Kamera depannya pula dilengkapi kamera 5MP dan berkeupayaan merakaman video dalam saiz 2K.
Contoh rakaman video menyusul sebentar nanti.
Pendek kata, kalian langsung tak akan kecewa dengan kamera di Note 5 ini. Berikut kami kongsikan beberapa gambar yang diambil menggunakan kamera Samsung Galaxy Note 5.
5. Fast Charging & Wireless Charging
Sama seperti Galaxy S6 dan S6 Edge, Galaxy Note 5 juga turut dilengkapi dengan features Fast Charging. Ini membolehkan Note 5 ini di'charge dari 0% hingga ke 100% hanya dalam masa 90 minit sahaja.Wireless Charging pada Note 5 pula kini menyokong fungsi 'Fast Charge' untuk pengguna mengecas Note 5 mereka dengan lebih pantas walaupun secara Wireless hanya dengan meletakkan phone di atas tempatnya. Walaubagaimanapun untuk sokongan Fast Charge secara wireless ini, pengguna masih boleh menggunakan charging pad yang dikeluarkan bersama Galaxy S6 namun untuk mendapatkan fungsi Fast Charge, pengguna perlu membeli charging pad terbaru yang mempunyai tulis "Fast Charge" di atasnya.
Post Instagram berikut Ohmedia berkongsi tentang perbezaan antara Wireless Charging Pad biasa (warna hitam) dan juga versi Fast Charge (warna putih).
Baca sebab dan keperluan Wireless Charging ni dan bagaimana ianya memudahkan hidup kita yang telah Ohmedia kongsikan di Instagram.
6. Fingerprint Scanner
Bermula dari Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge, pengguna tidak lagi perlu swipe jari mereka untuk unlock phones sebaliknya hanya perlu meletakkan jari dan phone akan unlock. Fungsi ini sama sahaja seperti Touch ID di iPhone.Walaubagaimanapun, ada ketikanya Ohmedia merasakan Fingerprint Scanner yang ada pada Note 5 ini lebih baik lagi berbanding di iPhone. Selain itu, ianya juga turut boleh digunakan untuk Samsung Pay (buat masa ini hanya available di USA), login sebarang website di browser tanpa perlu lagi memasukkan username serta password dan membuat transaksi online melalui Paypal. Ianya tidak hanya terhad untuk tujuan unlock phones semata-mata seperti yang ada di iPhone (pada ketika ini).
7. Dual-SIM
Untuk pasaran Malaysia, pihak Samsung menjual Galaxy Note 5 yang menyokong dwi-SIM. Ini bermaksud anda boleh meletakkan 2 sim-card di dalam phone tersebut yang membolehkan anda menguruskan pelbagai perkara dan urusan hanya melalui satu smartphones sahaja.Fungsi ini ternyata memudahkan sesiapa sahaja yang terpaksa membawa dua phone untuk nombor berlainan di mana kini hanya perlu membawa satu phone sahaja.
Tindakan Samsung meletakkan dual-SIM pada flagship smartphone mereka buat kali pertama adalah kerana persaingan lambakan phone dari China dan juga saingan jenama popular lain yang turut memperkenalkan phone dual-SIM mereka kepada pengguna di Malaysia.
Patut Tak Korang Beli?
Untuk pengguna yang masih menggunakan Note 3 atau Note 4 ketika ini, nasihat Ohmedia elok jangan tukar dahulu melainkan korang memang banyak duit tak tahu nak buat apa. Bertukar ke Note 5 memang ada banyak features baru, tapi features tersebut tidak berbaloi jika Note 3 apalagi Note 4 masih berfungsi dengan baik.
Tapi untuk penggemar Note yang masih guna Note 1 dan 2, beralih ke Note 5 ini boleh consider macam hadiahkan diri sendiri percutian 5 hari 4 malam ke Korea Selatan. Kehkeh!
Samsung Galaxy Note 5 ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM2,699 manakala Galaxy S6 Edge+ yang turut dibawa masuk bersama Note 5 akan dijual pada harga RM3,099. Kedua-duanya phone tersebebut akan menyokong dual-sim dan telahpun mula dijual sejak 4 September 2015 yang lalu.
Jangan lupa untuk follow Oh! Media di Instagram kerana di sana kami lebih banyak dan lebih awal berkongsi tentang sebarang smartphones yang kami beli untuk tujuan review. Seperti Note 5 ini, sebulan lebih awal kami telah kongsikan pelbagai review sebelum ianya mula dijual di Malaysia.
Oh! Media di Instagram: www.instagram.com/ohmedia | @ohmedia
Apa Komen Korang?