Lelaki Ini Kongsi Rahsia Miliki 3 Buah Rumah Dalam Masa 1 Tahun - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Lelaki Ini Kongsi Rahsia Miliki 3 Buah Rumah Dalam Masa 1 Tahun


Bukan mudah bagi seorang yang berusia muda untuk memiliki sebuah rumah di zaman sekarang. Namun, perkongsian oleh saudara Muhamad Iqbal Hafifi ini yang mampu memiliki tiga buah rumah dalam masa satu tahun benar-benar memberi inspirasi kepada golongan muda.


Assalamualaikum.
Mintak maaf tak sempat nak reply satu satu PM yang diterima.
Di sebabkan ramai yang tanya macam mana cara saya beli 3 biji rumah selepas 1 tahun 4 bulan bekerja, jadi saya kongsikan secara umum sahaja di sini.

Gaji basic : RM2,400
Mula kerja : Feb 2014 (Fresh graduate)
Part time: Sublet 1 unit Cashflow (RM200)
Bilik Sewa free sebab duduk sekali dgn rumah sublet
Asset : 15g gold bar (kumpul masa student)
Cash : RM1,000 (kumpul masa praktikal 5 bulan (RM200 sebulan)

Rumah pertama (June 2014):

Apartment Harmoni, Damansara Damai (Tingkat 4)
Selling Price : RM55,000
Bank Value : RM65,000
Deposit : RM5,500
Cara kumpul Deposit : net gaji dalam RM2,100, saving RM1,200 (Nampak macam banyak, try first)..Balance RM900 (RM500 parent, balance RM400 untuk makan minum, minyak motor, dll), hidup bujang masa terbaik untuk saving.
RM400 : seminggu RM100 (pandai2 la pusing duit untuk makan, topup, minyak motor)
Tips : Saving, cuba hidup miskin untuk 3 bulan. InsyaAllah hidup lagi.
RM200 duit dari sublet guna sebagai emergency plan, tak cukup lagi, pajakkan 15 gold bar dekat arrahnu.
Saving : RM1,200 x 4 bulan (Februari – May)= RM4,800
Total cash : RM4,800 + RM1,000 = RM5,800
Cukup dah bayar deposit 10%

Rumah Kedua (January 2015):

Apartment Mesahill@Nilai(Underconstruction)
Price : RM169,000++
Loan 100%. (10% discount by developer)
Refundable booking RM3,000
Cara kumpul deposit sama je macam rumah pertama, ulang setiap bulan.

Rumah Ketiga (June 2015):

Apartment Kenanga, Putra Perdana, Puchong
Price : Rm118,000
Bank Value : RM155,000
Loan 70% : RM108,500
Deposit : RM11,800
Cara Kumpul deposit: Cash dari rumah pertama RM9,000 , balance lagi RM2,000 tu kumpul setiap bulan macam biasa.
Setiap rumah ada cerita dan cara nya sendiri, panjang untuk di ceritakan di sini. Kalau ada yang nak tahu lebih detail, InsyaAllah saya boleh kongsikan masa akan datang.
Setiap orang ada objektif dan strateginya sendiri dalam beli rumah (Flipping, rental income, appreciation dll).
Setiap langkah seperti cantikkan bank statement,cara kira DSR, cara untuk lepas loan, cari rumah below market value dan pemilihan rumah semuanya perlukan ilmu. Boleh join seminar atau beli buku.
Cara saya, pergi MPH atau Popular, lepak sejam setiap minggu, cari buku pasal property, dapat ilmu free.
Terima Kasih Tuan Azizul Azli Ahmad beri saya peluang untuk berkongsi dengan ramai kawan Facebook.

+ Perkongsian daripada Muhamad Iqbal Hafifi
Dikuasakan oleh Blogger.