Blogger manakah di saman fitnah melibatkan jutaan ringgit?
Setelah segala usaha memohon kerjasama penulis blog berkenaan tidak dipedulikan, syarikat kosmetik bumiputera ini terpaksa membuat tindakan.
Syarikat berkenaan iaitu Wonderglow Cosmetics (M) Sdn. Bhd. (plantif) telah menuntut keadilan ke atas Farizah binti Arbak (Defendan), gantirugi-gantirugi seperti mana yang berikut:
a) Gantirugi am dan khas sepertimana ditafsirkan oleh Mahkamah.
b) Gantirugi teruk (Aggravated Damages) sepertimana yang ditafsirkan oleh Mahkamah.
c) Gantirugi keterlaluan atau teladan sepertimana ditafsirkan oleh Mahkamah.
d) Faedah tertera di (a) (b) (c) di atas faedah 5% setahun daripada tarikh Writ Saman dan Penyataan Tuntutan ini difailkan sehingga penyelesaian penuh.
e) Satu arahan injuksi untuk menahan Defendan dan atau wakil-wakil Defendan dan atau ejen-ejen Defendan dapat berterusan menulis, menaip kata-kata yang berunsur fitnah sehingga menyebabkan, membenarkan dan memberi laluan kepada komen-komen pengguna dan pembaca laman blog tersebut terhadap Plantif secara lisan, bertulis di media cetak atau media sosial di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
f) Perintah bahawa Defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar atau majalah yang dikenal pasti oleh Plantif di dalam bentuk dan di dalam istilah yang ditetapkan plaintif.
g) Kos tindakan ini
h) Lain-lain perintah atau relif yang dianggap suai manfaat oleh Mahkamah.
Penulis berkenaan iaitu Farizah binti Arbak telah menerima tuntutan fitnah, saman berjumlah RM50 juta ringgit.
Saman melibatkan jutaan ringgit iti difailkan setelah di teliti dari jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh syarikat kosmetik bumiputera tersebut.
Menurut CEO Wonderglow Cosmetics (M) Sdn. Bhd, Dato' Ryzal Jamaludin, pihak mereka telah sekali lagi menawarkan jalan penyelesaian yang lebih mudah dan rendah dengan cara potongan gaji minima dan kelakuan baik pihak Defendan untuk turut sama dalam usaha menaikkan semula kepercayaan dalam promosi perniagaan. Namun begitu ditolak oleh pihak Defendan.
Peguam Nurliny dari Nurliny & Associate sedang memberi keterangan lanjut berhubung kes ini pada pihak Oh! Media. |
Apa Komen Korang?