"Rokok Elektronik Dan Vapor Difatwa Haram" - Mufti Kuala Lumpur - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

"Rokok Elektronik Dan Vapor Difatwa Haram" - Mufti Kuala Lumpur


Mufti Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan rokok elektronik ataupun vapor adalah haram. Melalui laman Facebook peribadinya, beliau memaklumkan mengikut hukum Islam, penggunaan vapor itu sama seperti rokok sebenar. Jelas beliau lagi, berdasarkan kenyataan pakar menunjukkan ianya memudaratkan malah boleh menjadi lebih mudarat daripada merokok.


"Jumlah nikotin dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6-8mg dalam setiap 1ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16-18mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional," jelasnya lagi.

Perbandingan Antara Bahaya Rokok dan Vapor



Berdasarkan kenyataan tersebut dan juga nas yang dinyatakan maka Irsyad Fatwa ke-63 berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram. Faktor lain yang diambil kira adalah pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah khususnya bagi golongan wanita.

Jesteru itu, beliau menyeru umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berkenaan.


Oh! Media: Pada kami ini suatu perkara yang telah lama dapat diagak memandangkan trend para perokok mula berhenti dan beralih kepada vapor meningkat dengan amat mendadak dan memberi kesan kepada jualan rokok yang bercukai. Dengarnya tak lama lagi vapor juga akan dikenakan cukai tersendiri.

Vapor amat terbukti telah membuatkan ramai perokok berhenti rokok. Sesuatu yang amat tidak disangka oleh mereka pada awalnya. Setelah berhenti dari merokok dan beralih kepada vapor, selang 2 ke 3 bulan, ramai yang telah berhenti dari menghisap vapor dan jauh sekali untuk kembali merokok. Kini ramai yang telah bebas dari cengkaman rokok tembakau yang mereka sendiri tak pernah sangka dapat berhenti.

Kenyataan vapor ini berbahaya juga kalau ikutkan amat bertentangan dengan keputusan ujikaji yang dijalankan oleh professor dan saintis terkemuka di dunia, namun ini Malaysia dan semuanya boleh jadi.



Menurut pandangan Ulama' seperti Ustaz Azhar Idrus pula, jika Vapor ini tujuannya untuk berubat serta mampu menjadi salah-satu cara untuk berhenti merokok biasa yang mudaratnya jauh lebih besar, maka hukumnya diharuskan. Jika vapor ini hanya menjadi helah sahaja (seperti tidak merokok tetapi nak hisap vapor), maka tidak diharuskan.

+ Berikan komen anda di bawah ini atau baca respon orang ramai di Facebook Oh! Media.


Dia Boleh, Kenapa Tidak Kita?


Menipu sangatlah kalau cakap langsung tak timbul rasa jeles bila tengok keadaan brader ni sekarang. Tapi kalau dia boleh, kenapa kita tidak ye tak? Salute!!Sumber: Strongman Fitness

Posted by Oh! Media on Wednesday, August 5, 2015
Dikuasakan oleh Blogger.