Terlalu Awal Untuk Buat Spekulasi Serpihan MH370
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengesahkan mengenai penemuan serpihan yang didakwa milik pesawat MH370 yang hilang pada Mac, tahun lalu.
MAS dalam satu kenyataan menyatakan masih awal bagi pihaknya untuk mengaitkan sebarang spekulasi berhubung penemuan serpihan tersebut.
“Dengan mengambil kira laporan penemuan sebuah serpihan pesawat di Pulau Reunion, Malaysia Airlines bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengesahkan perkara itu.
“Pada masa ini, ia akan menjadi terlalu awal untuk syarikat penerbangan membuat spekulasi berhubung serpihan itu,” kata MAS dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Laporan The Telegraph lewat malam tadi menyatakan seorang pakar penerbangan mendakwa sudah menemui serpihan pesawat milik MH370 selepas menerima panggilan daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi.
Susulan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik sebagai berkata memaklumkan telah menghantar satu pasukan khas untuk menyiasat serpihan tersebut.
Laptop Berat?
Kalau selalu complain laptop sendiri berat sangat, tengok la Macbook Air ni. 1.08KG je! Kalau nak menang Macbook Air...
Posted by Oh! Media on Saturday, August 1, 2015
Apa Komen Korang?