"Hanya surat khabar dan buku lama yang terbakar" – KPN
Susulan kebakaran yang berlaku di tingkat 10 bangunan lama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa hanya surat khabar dan buku-buku lama sahaja yang hangus terbakar.
Malah beliau menegaskan kejadian itu langsung tiada kaitan dengan perkembangan politik semasa.
Tuduhan polis cuba membakar dokumen siasatan 1MDB juga tidak benar, tegasnya.
“Pengamal media sosial menimbulkan pelbagai masalah. Padahal kebakaran hanya melibatkan kawasan koridor dan yang terbakar hanya surat khabar lama dan buku lama.
“Api nak bakar, kita padamkan sebelum merebak. Jadi jangan buat andaian yang bukan-bukan,” katanya dalam sidang media di Maktab PDRM, Cheras.
Khalid menyelar kenyataan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan kebakaran mungkin ada kaitan dengan perkembangan politik semasa.
“Ini tak elok kerana Ngeh Koo Ham, membangkitkan curiga dan gelisah dalam kalangan orang ramai.
“Ini hanya menyebabkan orang ramai membuat andaian macam-macam,” katanya.
Beliau juga memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang membuat spekulasi tidak bertanggungjawab.
Nak Menang Honor 6?
Siapa yang phone dah rosak? Hehe! Honor 6 ni memang hebat dan canggih! Nak peluang menang smartphone ni? Join la Gila-Gila Bersama 7-Eleven di http://bit.ly/gilagila7E
Posted by Oh! Media on Tuesday, July 28, 2015
Apa Komen Korang?