Jam Analog Boleh Dapatkan Features Seakan Jam Pintar Dengan Hanya Menggunakan Tali Jam Dari Sony Ini!
Tali jam dari Sony ini dikeluarkan untuk digayakan dengan jam analog biasa. Apa yang menariknya, tali jam pintar dari Sony ini hadir dengan pelbagai features menarik seperti pengimbas nadi, penjejak tapak dan pelbagai lagi yang akan dipaparkan di bahagian bawah menggunakan skrin LCD.
Seperti jam pintar lain, tali jam pintar dari Sony ni tidak terlepas untuk dapatkan notifikasi dari telefon pintar korang tau. Pergh! Betul lain dari lain Sony ni. Untuk bateri, ia dikatakan mampu bertahan sehingga 7 hari gais.
Bagi sesiapa yang memakai jam analog, korang dah boleh dapatkan teknologi seperti jam pintar zaman sekarang ni dengan tali jam pintar dari Sony sahaja. Ia didatangkan dengan 3 pilihan material untuk digayakan iaitu getah, kulit dan juga logam. Sony ni memang terbaik!
Apa Komen Korang?