Pernah Viral Naikkan Iklan Cari Jodoh, Akhirnya Akan Naik Pelamin Oktober Ini - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Pernah Viral Naikkan Iklan Cari Jodoh, Akhirnya Akan Naik Pelamin Oktober Ini


Ohmedia nak ucapkan tahniah buat bro Nooraziro Abdullah yang tak lama lagi akan naik pelamin juga akhirnya. Korang mesti ingat dengan bro Nooraziro ni yang dulu pernah viral selepas iklan yang menunjukkan dirinya sedang mencari jodoh tersebar.


Sekarang, Nooraziro kongsikan berita gembira yang mengatakan dirinya bakal naik pelamin tak lama lagi.

Semakin hampir dengan hari perkahwinan, semakin berasa berdebar, tetapi pada masa sama tidak sabar untuk naik pelamin dan jadi suami. Semua persiapan perkahwinan sudah dibuat sejak lima bulan lalu, malah kad jemputan perkahwinan untuk majlis kedua-dua pihak diagihkan sejak dua minggu lalu. Saya bersedia sepenuhnya untuk menjawab akad nikah maklumlah lebih sebulan menjalani latihan. - Katanya dalam nada yang sangat gembira.

Untuk pengetahuan korang, sejak iklannya itu tersebar, ramai yang cuba membantunya dan akhirnya dia berkenalan dengan Suhaibah dari Kuantan dan berumur 33 tahun. Mereka juga telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada Sabtu 10 Oktober 2020.

Nooraziro juga berkongsi yang agak sukar untuk dia melalui proses pengenalan dan akhirnya bertemu Suhaibah yang dilihat banyak persamaan dan mereka berdua bersetuju untuk bersama.

Saya selalu berdoa supaya jodoh kami kuat dan disatukan sebagai suami isteri pada tarikh ditetapkan itu. Saya menjemput 250 tetamu pada majlis menyambut menantu di pihak saya di Kampung Gong Nangka, Marang pada 17 Oktober nanti. - Katanya lagi.

Tahniah sekali lagi buat bro Nooraziro dan pasangan. Semogo hubungan yang dicipta ini kekal hingga ke syurga. Amin.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.