Panjat Menara Pencawang Telekomunikasi, Lelaki Ini Bosan Dengar Bebelan Isteri
Mana taknya, lelaki yang dikenali sebagai Tejpal Singh sanggup memanjat ke puncak menara pencawang telekomunikasi di kawasan Pakwara yang terletak di pekan Moradabad, Uttar Pradesh, India disebabkan sudah bosan dan muak mendengar bebelan gara-gara selalu bergaduh dengan isterinya.
Menurut laporan Harian Metro, dia melakukan sedemikian kerana ingin menyejukkan hatinya yang sedang panas akibat pertengkaran dengan isteri. Bukan tu jer, dia juga dikatakan enggan turun daripada menara tersebut apabila diminta orang ramai yang sedang melihat kejadian itu.
Selepas polis dan pihak berkuasa tempatan memujuk dirinya secara berkali-kali, akhirnya dia bersetuju untuk turun dari menara pencawang telekomunikasi itu.
Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu. Malangnya polis enggan mendengar penjelasan saya. Saya rasa mahu memutuskan hubungan ini. -kata Tejpal Singh
Menurut laporan Gulf News, polis mengatakan bahawa pasangan tersebut sudah banyak kali bertengkar disebabkan beberapa isu dan ini merupakan perkahwinan kedua Tejpal. Kejadian ini telah menjadi perbualan hangat dan trending di laman Twitter.
OHMEDIA: MACAM-MACAM HAL!
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?