Mesyuarat Kabinet Mingguan Dibatalkan Atas Sebab 5 Menteri Dikuarantin - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Mesyuarat Kabinet Mingguan Dibatalkan Atas Sebab 5 Menteri Dikuarantin


Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan satu artikel yang menyatakan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menjalani kuarantin sementara menanti keputusan swab test dan akan memotong gelang kuarantin sekiranya didapati negatif.

Bagaimanapun ini pula senarai 4 menteri Kabinet lagi yang perlu menjalani tempoh kuarantin 14 hari yang baru sahaja pulang dari berkempen PRN Sabah sebelum ini.


Selain Sabri Yaakob, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican dan juga Menteri Pertanian, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Disebabkan itu juga mesyuarat Kabinet yang berlangsung setiap minggu juga terpaksa dibatalkan bagi langkah berjaga-jaga.

Ujian swab untuk kepastian status dan jika keputusannya negatif, bebaslah dari kuarantin. Walaupun dah bebas kerana negatif namun mesti teruskan kawalan kendiri. Patuhi SOP (prosedur operasi standard). - Kata Sabri.

Buat rakyat Malaysia pula yang sebelum ini ada pergi atau pulang ke Sabah, mohon lakukanlah perkara sama iaitu dengan kuarantin diri anda selama 14 hari di rumah.

Elakkan dari berhubung atau berjumpa dengan saudara ataupun kawan-kawan bagi mengelakkan penyebaran berlaku. Agak bahaya sebab luaran nampak sihat, tetapi mungkin virus itu ada dalam diri untuk disebarkan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.