Vivo Perkenalkan Vivo X50e Dengan Pengalaman Fotografi Yang Lebih Baik
Vivo X50e ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.44 inci AMOLED FHD+. Untuk cip pemprosesan, ia dikuasakan dengan Snapdragon 765G bersama memori 8GB RAM dan storage sebesar 128GB. Bateri Vivo X50e ni hadir dengan bateri berkapasiti 4,350mAh bersama 33W fast-charging menggunakan USB Type-C.
Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan quad-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 13 megapixel telefoto + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel makro. Untuk kamera depan pula didatangkan dengan 32 megapixel.
Telefon pintar terbaru Vivo ni hanya diperkenalkan di Taiwan saja buat masa ini. Kalau korang berminat dengan spesifikasi yang ditawarkan, jangan lupa untuk stay tuned di laman web rasmi Vivo Malaysia nanti okay gais.
Kredit: GSM Arena
+ Baca respon pembaca telefon pintar terbaru Vivo di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?