Viral Pemandu Camry Langgar Lari Di Lorong Kecemasan Akhirnya Serah Diri
Penggunaan lorong kecemasan menjadi satu masalah yang sering berulang tak kira di mana kita berada.Terbaru, tersebar satu video yang menunjukkan satu kemalangan jalan raya apabila sebuah kenderaan jenis Toyota Camry telah merempuh dua penunggang motosikal.
Kejadian langgar lari itu berlaku di Kilometer 56.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang dalam keadaan sesak dan pemanda Camry berkenaan telah menggunakan lorong kecemasan sehingga mengakibatkan dua penunggang motosikal cedera.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulaman Jusoh mengesahkan yang pemandu Camry terbabit telah menyerah diri di Balai Polis Gombak petang semalam pada jam 6.50 petang.
Dalam kejadian itu, Toyota Camry itu dalam perjalanan dari arah Pahang menghala ke Kuala Lumpur, begitu juga motosikal yang ditunggang seorang lelaki bersama seorang wanita dari arah sama. Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta berkenaan yang berada di lorong kiri jalan tiba-tiba menukar haluan ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan di hadapan dan motosikal berkenaan yang berada di lorong kecemasan cuba mengelak lalu terbabas dan jatuh ke tebing kiri jalan. - Katanya.
Kejadian ini akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca yang geram dengan jenis pemandu macam ini di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?