Tidur Dahulu Sebelum Menunaikan Solat Tahajud - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Tidur Dahulu Sebelum Menunaikan Solat Tahajud



SOALAN 


Seperti semua tahu sebagai umat Islam, kita disunatkan untuk melakukan solat tahajud. Jadi, adakah kita perlu tidur dulu sebelum bangun semula untuk menunaikan solat tahajud? 


JAWAPAN 


Diriwayatkan daripada Al-Aswad katanya :


سألت Ų¹Ų§Ų¦Ų“Ų© رضي الله عنها، كيف ŁƒŲ§Ł†ŲŖ صلاة Ų§Ł„Ł†ŲØŁŠ صلى الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… ŲØŲ§Ł„Ł„ŁŠŁ„؟ قالت: «ŁƒŲ§Ł† ŁŠŁ†Ų§Ł… Ų£ŁˆŁ„Ł‡ ŁˆŁŠŁ‚ŁˆŁ… آخره، ŁŁŠŲµŁ„ŁŠ، Ų«Ł… يرجع ؄لى فراؓه، ف؄ذا أذن المؤذن وثب، ف؄ن ŁƒŲ§Ł† به Ų­Ų§Ų¬Ų©، اغتسل ŁˆŲ„Ł„Ų§ توضأ وخرج


Artinya : “Aku telah bertanya akan Aisyah r.a. bagaimana solat Rasulullah saw pada waktu malam? Kata Aisyah r.a. : Adalah baginda tidur dahulu pada awal malam kemudian bangun pada akhir malam lalu baginda sembahyang kemudian kembali ke tempat tidurnya. Maka apabila muazzin telah azan maka bangun ia.

Jika ada baginya hajat nescaya baginda mandi dan jika tiada hajat maka baginda mengambil wuduk kemudian keluar.” (Sahih Bukhari)


Berkata Syeikh Bujairimi :


Ł‚ŁˆŁ„Ł‡: ŲØŲ¹ŲÆ Ł†ŁˆŁ…) ŁˆŁ„Łˆ يسيرا، ŁˆŁ„Łˆ ŁƒŲ§Ł† Ų§Ł„Ł†ŁˆŁ… قبل فعل العؓاؔ، Ł„ŁƒŁ† لا ŲØŲÆ أن ŁŠŁƒŁˆŁ† التهجد ŲØŲ¹ŲÆ فعل العؓاؔ، حتى ŁŠŲ³Ł…Ł‰ ŲØŲ°Ł„Łƒ ŁˆŁ‡Ų°Ų§ Ł‡Łˆ المعتمد


Artinya : “Perkataanya selepas dari tidur itu artinya sekalipun tidur yang sekejap dan sekalipun dia tidur tidur sebelum menunaikan solat isyak akan tetapi mestilah solat tahajudnya itu selepas menunaikan solat isyak sehingga dinamakan dengan tahajud dan inilah pendapat ytang muktamad." (Kitab Hasyiah Bujairimi)


KESIMPULAN


Solat tahajud dilakukan selepas bangun dari tidur sekalipun tidur yang sekejap tetapi yang afdhal ialah dia bangun pada akhir malam kerana mengikut amalan Rasulullah saw.


Harus seorang itu tidur sebelum menunaikan solat isyak untuk dia lakukan bersama solat tahajjud akan tetapi ketika dia bangun nanti disyaratkan dia tunaikan solat isyak dahulu.


Wallahua’lam 

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca tidur dahulu sebelum menunaikan solat tahajud di Facebook Oh! Media 

Dikuasakan oleh Blogger.