“Ramai Yang Sanggup Buat Akaun Palsu Sekadar Nak Kutuk Maki” - Nabil Mahir
Baru-baru ini, pengacara Nabil Mahir memuatnaik satu posting di akaun Instagramnya. Dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen apabila mereka sanggup membuat akaun palsu di media sosial.
Mereka melakukan seperti itu kerana ingin menyembunyikan identiti sebenar bagi menghentam pengacara itu yang dipercayai berkaitan dengan tindakannya yang memuatnaik satu foto sedang berpelukan bersama tunangnya, Ayda Jebat.
Ramai dekat Instagram ni suka caci orang pasal agama tetapi diri sendiri dan orang terdekat tak terjaga. Kelakar ramai yang sampai sanggup buat fake account sekadar nak kutuk maki. Best ke?
Maafkan saya terlebih terkurang. Kita manusia sama, harap diampunkan. Saya doakan kepada semua moga apa-apa masalah yang anda lalui, moga dipermudahkan dan diberi kebahagiaan. Amin.
Ohmedia cuma nak nasihat sikit. Kalau nak tegur perbuatan seseorang, tegurlah secara baik dan bukannya memaki hamun. Sama-samalah kita sebagai umat Islam membantu baiki sikap masing-masing ke arah yang lebih baik.
OHMEDIA: JANGAN BUAT LAGI YA!
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?