Rahsia Roti Canai Crispy & Flaky Ala Mamak, Confirm Tak Cukup Sekeping!
Siapa pernah cuba buat roti canai sendiri dekat rumah? Dulu selalu tengok ibu atau nenek kita buat roti canai atas dulang, tapi bila kita cuba buat sendiri selalu gagal. Haha!
Sekarang, Ohmedia nak kongsikan satu cara untuk buat roti canai yang mudah dengan hanya menggunakan Kawan Malabar Roti Canai Mamak Style yang super crispy & flaky, sedap, dan wajib korang cuba!
Apa yang membezakan Malabar Roti Canai Mamak Style dengan jenis roti Kawan lain seperti jenis Plain Paratha adalah roti dia tersangatlah rangup. Jadi untuk korang yang sukakan roti canai ala mamak mesti akan jatuh cinta.
Ohmedia dah cuba dan rasanya lebih sedap kalau nak bandingkan dengan roti canai dekat kebanyakan mamak tu sebenarnya. Roti canai dekat mamak ni kadang-kadang terlalu tebal dan liat. Memang potong stim kalau dapat roti yang liat ni.
Langkah mudah masak Malabar Roti Canai Mamak Style
- Malabar Roti canai yang disimpan di dalam peti sejuk perlu dikeluarkan (roti tidak perlu dinyah beku).
- Panaskan kuali dan masukkan terus Malabar Roti Canai (tidak perlu masukkan minyak masak).
- Terbalikkan Malabar Roti Canai sehingga kedua-dua belah kelihatan kuning keemasan.
- Tepuk-tepukkan Malabar Roti Canai supaya lebih gebu sebelum dihidang. Siap!
Mudah sangat guys! Dengarlah bunyi kerangupan Malabar Roti Canai dalam video tu, meliurkan betul.
Ohmedia nak ingatkan korang, dalam keadaan wabak Covid-19 yang masih melanda negara dengan baru-baru ini kes mula meningkat semula, elakkan budaya melepak di luar rumah terutamanya restoran mamak. Lebih baik kita lepak dekat rumah dan layan Malabar Roti Canai. Baru selamat guys!
Malabar Roti Canai Mamak Style ini korang boleh dapatkan hanya pada harga RM5.70 untuk 5 keping 400g di supermarket berdekatan atau lakukan pembelian secara online di sini. Maklumat lanjut boleh terus ke www.kawanfood.my.
Apa Komen Korang?