Terfikir Tinggalkan Kota? Ini Fakta Hidup Pinggir Bandar Kena Ambil Tahu Sebelum Pindah Masuk - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Terfikir Tinggalkan Kota? Ini Fakta Hidup Pinggir Bandar Kena Ambil Tahu Sebelum Pindah Masuk


Rumah-rumah di kawasan pinggir bandar lazimnya dikaitkan dengan golongan pertengahan usia yang menjangkau umur persaraan. Persekitaran yang tenang dan mendamaikan menjadikan kawasan di pinggir bandar tersebut menjadi pilihan meniti hari di usia emas.

Namun, golongan muda kini juga makin berminat untuk mendiami rumah di kawasan pinggir bandar sebagai kawasan kediaman. Apatah lagi sejak PKP ramai yang mahukan persekitaran yang lebih luas menghijau untuk ketenangan dan seboleh mungkin jauh daripada populasi yang padat.

Trend terkini seantero dunia

Dalam satu artikel diterbitkan New York Times pada 30 Ogos lalu, situasi pandemik telah mempengaruhi trend pasaran pembelian rumah dan menunjukkan peningkatan pilihan di kawasan pinggiran bandar. Antara faktor perubahan pilihan adalah untuk mengelakkan kawasan kejiranan yang sesak dan padat, sekaligus meningkatkan risiko kesihatan. Pembeli-pembeli rumah juga mementingkan ruang besar untuk keselesaan bekerja dari rumah serta laman untuk anak-anak bermain dan meluangkan masa.

Di Hong Kong pula, South China Morning Post melaporkan bahawa permintaan hartanah di kawasan timur Wilayah Baru meningkat 3 kali ganda sejak Januari. Permintaan yang mencanak naik itu dipercayai kerana kelonggaran bekerja dari rumah. Atas faktor itu, pembeli rumah tidak kisah untuk tinggal jauh daripada pusat bandar asalkan dapat menjarakkan diri secara fizikal.

Walaubagaimanapun, kediaman di pinggiran bandar masih mengundang persoalan dan topik perbualan. Ramai yang sanggup memandu dari lokasi kediaman yang jauh di pinggir bandar untuk bekerja di pusat bandar hampir setiap hari. Kesanggupan ramai pembeli rumah untuk berbuat demikian adalah atas beberapa faktor yang tertera di bawah.


Kemewahan di pinggir bandar


Salah satu ciri utama untuk memilih rumah kediaman idaman adalah ruang luas dan terbuka. Apa tidaknya, apabila kita berdepan dengan fasa pasca pandemik, kita cenderung untuk meluangkan banyak masa di rumah. Jadi, rumah harus ada ruang yang luas dan terbuka, seperti kediaman-kediaman yang ditawarkan oleh Gamuda Land di Gamuda Gardens.

Terletak berhampiran Sungai Buloh, projek berkeluasan 810 ekar ini diatur dengan banyak ruang terbuka dan selesa serta dikelilingi keindahan alam seperti tasik, air terjun dan taman mesra haiwan peliharaan.

Pun begitu, ianya tidak bermakna para penghuni akan terputus hubungan dengan dunia luar. Pembangunan projek ini dilengkapi dengan akses broadband serta bersambung dengan 3 lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, GUTHRIE Corridor Expressway dan LATAR serta kemudahan pengangkutan awam berdekatan menerusi MRT Sungai Buloh.

Terdapat juga sekolah antarabangsa dan hab komersial di kawasan berhampiran projek Gamuda ini. Bosan terperap di rumah seharian bekerja? Jangan risau sebab turut disediakan kolam renang, gelanggang badminton, gym dan sauna di Gamuda Wellness Centre. Semua cukup lengkap!


Gaya hidup berkualiti di luar bandar

Adakah kawasan pinggir bandar bosan? Sunyi? Itu semua cerita lama. Hanya 10 minit pemanduan dari Kota Kemuning, projek baru Gamuda Land iaitu twentyfive.7 membuktikan bahawa semua tanggapan tentang pinggiran bandar adalah salah sekali.

4 tarikan utama di sini adalah The Lake, The Loop, The Field dan The Buzz.ar. Tasik di twentyfive.7 dinamakan Aurora Rhythm disebabkan air pancut unjuran dan berirama di malam hari, terdapat padang bola sintetik FIFA standard, trek jogging dan berbasikal untuk gaya hidup yang sihat serta tempat lepak bersama rakan-rakan dan keluarga di Buzz.ar.

Pelbagai restoran dan kafe tersedia untuk para penghuni serta orang awam. Selain itu, pasar raya, gimnasium, dan banyak lagi kedai akan dibuka tidak lama lagi, memberikan kemudahan bagi para penduduk untuk membeli barang keperluan serta menghabiskan waktu lapang bersama keluarga.


Bandar serba canggih dilengkapi teknologi terkini


Dalam era norma baharu ini, capaian internet yang laju dan efisien benar-benar penting terutamanya apabila perlu bekerja dari rumah. Oleh itu, Gamuda Land tekad untuk menjadi antara pemaju hartanah yang pertama memperkenalkan komunikasi tanpa wayar dan jaringan berkali ganda lebih laju di dalam bandar pintar Gamuda Cove, melalui kerjasama dengan Maxis. Bandar pintar seluas 1530 ekar ini akan dilengkapi dengan teknologi tanpa wayar yang bukan sahaja untuk jalur lebar, malahan membolehkan pembelian pintar, pemerkasaan institusi pendidikan dan fasiliti penyelidikan dilaksanakan.

Dengan adanya infrastruktur digital seperti sambungan 5G, teknologi masa depan seperti lampu isyarat pintar dan lampu jalan pintah akan melicinkan pengurusan trafik. Teknologi tanpa wayar ini juga bakal memberi kemudahan kepada para penghuni untuk terus kekal terhubung dengan dunia luar dan bekerja dari keselesaan rumah boleh dinormalisasi dengan mudah.


Kediaman premium dengan harga berpatutan

Kehidupan di pinggir bandar sepatutnya tidak membebankan untuk penghuninya. Dengan kos sara hidup yang sedikit rendah berbanding di bandar, ramai yang memilih untuk mendiami kawasan kediaman di luar bandar.

Berkeluasan 366 ekar, projek Jade Hills  oleh Gamuda Land adalah definisi tepat untuk kediaman premium dengan tema oriental. Unit kediaman seperti villa, banglo, dan apartmen servis bermula dengan harga RM521 untuk setiap kaki persegi. Pemandangan hujau yang mempesona dengan pemandangan tasik yang tenang! Begitulah gambaran perumahan di kawasan berbukit ini.

Adakah anda bersedia untuk mediami rumah idaman di luar bandar? Untuk maklumat lanjut, lawati mana-mana galeri jualan Gamuda Land atau hubungi +6018 980 1888 hari ini.


Dikuasakan oleh Blogger.