Mahkamah Jatuhkan Hukuman Mati Terhadap Seorang Lelaki Gara-Gara Hina Islam! - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Mahkamah Jatuhkan Hukuman Mati Terhadap Seorang Lelaki Gara-Gara Hina Islam!


Seorang lelaki beragama Kristian yang dikenali sebagai Asif Pervaiz berusia 37 tahun telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Pakistan kerana menghantar mesej yang memiliki kandungan menghina Islam.

Menurut peguamnya yang bernama Saif-ul-Malook, Asif yang ditahan pada tahun 2013 itu menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh penyelia sebuah kilang di tempat dia pernah bekerja sebelum ini. Dia hanya menerima mesej itu daripada orang lain sebelum menghantar semula mesej yang dipersoalkan.

Hakim sepatutnya menolak kes ini, kami akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Lahore. Asif sudah pun menghabiskan tujuh tahun untuk menunggu keputusan mahkamah, siapa tahu berapa lama lagi dia perlu menunggu hingga semuanya selesai.

Bukan tu jer, Asif juga mendakwa bahawa selepas dia berhenti bekerja di kilang terbabit, dia dituduh menghina Islam dengan penyelianya yang cuba memaksa menukar ke agama lain untuk memeluk Islam.

Kalau nak tahu, isu yang sangat sensitif di Pakistan adalah menghina agama Islam dimana undang-undang membenarkan individu diberikan hukuman mati jika disabit kesalahan. Antara kumpulan yang paling terancam adalah agama minoriti termasuklah agama Kristian.

Pada bulan lalu, ia terjadi satu kejadian tembakan melibatkan seorang lelaki di dalam mahkamah yang terletak di bandar Peshawar kerana dia telah dituduh menghina tuhan.

Menurut Suruhanjaya Kebebasan Beragama Antarabanga Amerika Syarikat (AS), terdapat sebahagian individu dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup di Pakistan dan sekitar 80% peratus dipenjarakan atas pertuduhan tersebut.

OHMEDIA: KAN BAGUS KALAU MALAYSIA BUAT UNDANG-UNDANG MACAM NI!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.