Untuk mengekalkan kesihatan pada tahap terbaik, kita disarankan minum 8 gelas air setiap hari. Bagi mendapatkan manfaat air minuman secara optimum, semakin ramai yang mencari kualiti dalam setiap gelas air yang diminum.
Semestinya untuk hidup dengan sihat dan cergas, segala apa yang dimasukkan ke dalam badan perlulah yang terbaik, termasuklah air minuman. Jenama LG Electronics memperkenalkan penulen air LG PuriCare™ 4-WARD Tankless Water Purifier. Seiring namanya, produk ini mengetengahkan penulen berkonsep tanpa tangki di Malaysia.
Tapis air tanpa perlu tangki
Dengan hanya satu sentuhan, korang boleh nikmati air minuman bersih dari Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD. Air panas, sejuk atau pun pada suhu bilik ini dihasilkan dari penulen air tanpa tangki bagi mengelakkan risiko pembiakan mikro organisma.
Penulen air ini juga menyediakan air dalam suhu pelbagai untuk memenuhi keperluan pengguna. Bagi suhu panas, 3 julat suhu disediakan. 40°C untuk penyediaan susu bayi dan minuman air suam, 75°C untuk membuat teh manakala 80°C bagi membancuh kopi.
Tap automatik empat arah - Atas, bawah, kiri & kanan
Satu lagi inovasi futuristik dimiliki penulen air ini adalah ianya mampu mengesan ketinggian cawan atau gelas menggunakan sensor secara automatik. Ketinggian tap akan disesuaikan bergantung kepada cawan atau gelas, sekaligus mengelakkan percikan terutamanya membabitkan air panas.
Tap boleh dipusing ke kiri atau kanan mengikut keselesaan membolehkan pengguna mendapatkan air pada arah 180 darjah. Cool kan?
3 tahap tapisan
Untuk memastikan air dibekalkan kepada pengguna adalah yang berkualiti dan terbaik, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menapis air sebanyak 3 tahap iaitu:
Tahap 1: Penapis Pra Karbon Blok Plus - Menyingkirkan logam berat dan bahan kimia organik seperti klorin dan kloroform.
Tahap 2: Penapis Membran UF - Membasmi kuman dan zarah halus.
Tahap 3: Penapis Karbon Pos - Menghapuskan bau dan menambahkan kualiti rasa air.
LG PuriCare™ Total Service Care 1.2.3
Apabila memasang Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD, korang secara automatik layak mendapat khidmat berkala dipanggil LG PuriCare™ Total Service Care 1.2.3. Apa dia tu? Ini bermakna korang layak mendapat:
1 Tahun Penjagaan Penggantian - Paip dalaman akan ditukar setahun sekali bagi memastikan kebersihannya.
2 Lapis Penjagaan Pensterilan UV - Pensterilan UV akan diaktifkan secara automatik setiap jam atau pengguna boleh memilih untuk mensteril setiap 5 minit.
3 Bulan Lawatan Penjagaan - Perkhidmatan percuma setiap 3 bulan ke rumah korang untuk sanitasi produk dan/atau pertukaran penapis.
Untuk info lebih lanjut mengenai Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD, bolehlah melawati laman web LG.
Apa Komen Korang?