(Video) Maki Hamun Pemilik Restoran 35 & Samakan Tubuh Wanita Dengan Haiwan, Eira Aziera Tampil Minta Maaf! - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

(Video) Maki Hamun Pemilik Restoran 35 & Samakan Tubuh Wanita Dengan Haiwan, Eira Aziera Tampil Minta Maaf!


Beberapa hari yang lalu, telah tular sebuah video mengenai pengasas produk, Eira Aziera yang mendakwa dihalau dengan pemilik restoran 35 ketika dia sedang membuat live untuk reviu produk dan kedai makan di Facebook. Kalau korang belum tengok, boleh tonton dekat bawah ni.


Bukan setakat tu jer, video lamanya juga tersebar apabila dikongsi semula oleh warganet di media sosial. Menerusi video tersebut, Eira mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pemilik akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek dan menyamakan bentuk tubuh individu tersebut dengan haiwan.


Melampau betul kan? Walaubagaimanapun, pengasas produk itu tampil mohon maaf secara terbuka kepada dua individu berkenaan dengan memuatnaik satu video di Facebooknya pada awal pagi tadi.

Pertama sekali, permohonan maaf secara terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat dua insiden yang tular ketika Eira membuat live di Facebook Eira Aziera. Insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu body shaming terhadap individu/ pemilik akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.

Eira juga berkata dia gagal mengawal emosinya dan menjaga tutur kata sehingga menyebabkan ramai pihak rasa tersinggung. Jadi, dia memohon untuk diberi ruang agar dapat memperbaiki diri dan tutur katanya untuk masa akan datang.

Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.

Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk. Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, sahabat-sahabat, terutamanya suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta agen-agen Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.

Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.

Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini.

Eira berharap agar pemilik Restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting live di Facebook terlibat.


Itulah, lain kali jangan buat hal. Tak pasal-pasal dapat balik kecaman daripada warganet. Ingat makcik pakcik bawang dekat Malaysia tak hebat ke? Video lama pun diorang boleh cari tau.

OHMEDIA: BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Dikuasakan oleh Blogger.