Eira Aziera Akan Tetap Disaman Untuk Beri Pengajaran
Sebelum ini tersebar di media sosial bila Noorazira Pissal yang merupakan personaliti media sosial telah menghina rupa fizikal Suharnizan. Walaupun telah melakukan permohonan maaf di dalam satu video, Suharnizan Md Sidek menegaskan yang pihaknya akan tetap mengambil tindakan saman sivil.
Peguam Suharinizan iaitu Mohd Rasheed Hassan mengegaskan yang tindakan ini perlu diambil bagi memberi pengajaran ke atas Eira Aziera dan akan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Perkara ini memberi kesan kepada mangsa (Suharnizan). Memang nampak dia (Eira Aziera) ada buat permohonan maaf melalui Facebook, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah selama lebih lapan minit. Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya. -Katanya.
Suharnizan kini menanti maklumbalas dari pihak Noorazira dan bersedia untuk mempertimbangkan untuk menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah. Akan tetapi, sekiranya Noorazira hanya mendiam diri, mereka terpaksa berjumpa di mahkamah.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?