Dua Pusat Hiburan Diarah Tutup Seminggu, 26 Pengunjung Dikompaun Gagal Patuhi SOP - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Dua Pusat Hiburan Diarah Tutup Seminggu, 26 Pengunjung Dikompaun Gagal Patuhi SOP


Hasil operasi bersepadu polis bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) malam tadi, terdapat dua pusat hiburan diarahkan tutup selama tujuh hari kerana tiada penjarakkan social, pelanggan tidak daftarkan diri sebelum masuk dan pekerja disitu gagal memakai mask. Seramai 26 pengunjung pula dikompaun sebanyak RM1,000 kerana tidak mematuhi SOP semasa PKPP.

Dalam operasi itu, terdapat lima premis hiburan diperiksa. Selain itu, KKM juga telah memberi notis amaran kepada pemilik sebuah pusat hiburan kerana pekerja disitu gagal daftar masuk ke premis. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengatakan yang MBSP juga ada mengeluarkan lima kompaun kepada premis yang tidak mematuhi syarat perlesenan, tiada kebenaran membuka pusat hiburan dan pekerja tidak mengambil suntikan vaksin.

Apa yang seronok sangat pergi pusat hiburan ni? Walaubagaimanapun, kalau korang yang nak berseronok tu janganlah lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Jom sama-sama kita bendung wabak ini dari berlelausa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca pusat hiburan diarah tutup seminggu di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.