Bilangan Malaikat Maut Yang Mengambil Nyawa Manusia - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Bilangan Malaikat Maut Yang Mengambil Nyawa Manusia



SOALAN 


Seperti semua tahu Malaikat Izrail a.s telah ditugaskan untuk mencabut nyawa manusia. Oleh yang demikian, timbul persoalan bagaimana Malaikat Izrail a.s mengambil nyawa manusia di beberapa bahagian bumi dalam masa yang sama. Jadi, Ohmedia nak kongsikan dekat korang penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus.

JAWAPAN 


Telah ijmak ulamak Ahlu Sunnah Wal Jamaah sungguhnya malaikat yang ditugaskan mengambil nyawa itu ialah malaikat maut yang dikenali namanya dengan Izrail a.s.

Dan bagi malaikat maut ini ada baginya petugas-petugas yang menjadi penolongnya yang juga dari kalangan malaikat yang disebut di dalam Quran sebagai Rusul.

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman :

Ų­َŲŖَّŁ‰ٰ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų¬َŲ§Ų”َ Ų£َŲ­َŲÆَŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁ…َŁˆْŲŖُ ŲŖَŁˆَŁَّŲŖْŁ‡ُ Ų±ُŲ³ُŁ„ُŁ†َŲ§ ŁˆَŁ‡ُŁ…ْ Ł„َŲ§ ŁŠُŁَŲ±ِّŲ·ُŁˆŁ†َ


Artinya : “Sehingga apabila telah datang akan seorang kamu oleh kematian nescaya mewafatkannya oleh segala rusul (utusan) Kami dan mereka ini sedikit pun tidak cuai.” (Al-An’am : 61)


Berkata Imam Al-Qurtubi :

Ł‚ŁˆŁ„Ł‡ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰: ﴿ŲŖَŁˆَŁَّŲŖْŁ‡ُ Ų±ُŲ³ُŁ„ُŁ†َŲ§﴾ Ų§Ł„Ł…Ų±Ų§ŲÆ: Ų£Ų¹ŁˆŲ§Ł† Ł…Ł„Łƒ Ų§Ł„Ł…ŁˆŲŖ


Artinya : Firman Allah ‘dan mewafatkanya oleh rusul Kami’ dikehendakai dengan rusul pada ayat ini ialah segala pembantu malaikat maut.” (Tafsir Al-Qurtubi)


Dan berkata Imam Ar-Razi :

Ų£Ł† Ų§Ł„ŲŖŁˆŁŁŠ ŁŁŠ Ų§Ł„Ų­Ł‚ŁŠŁ‚Ų© ŁŠŲ­ŲµŁ„ ŲØŁ‚ŲÆŲ±Ų© Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰، ŁˆŁ‡Łˆ ŁŁŠ Ų¹Ų§Ł„Ł… Ų§Ł„ŲøŲ§Ł‡Ų± Ł…ŁŁˆŲ¶ Ų„Ł„Ł‰ Ł…Ł„Łƒ Ų§Ł„Ł…ŁˆŲŖ، ŁˆŁ‡Łˆ Ų§Ł„Ų±Ų¦ŁŠŲ³ Ų§Ł„Ł…Ų·Ł„Ł‚ ŁŁŠ Ł‡Ų°Ų§ Ų§Ł„ŲØŲ§ŲØ، ŁˆŁ„Ł‡ Ų£Ų¹ŁˆŲ§Ł† ŁˆŲ®ŲÆŁ… ŁˆŲ£Ł†ŲµŲ§Ų±


Artinya : “Sungguhnya yang mematikan pada hakikat ialah hasil dengan kuasa Allah Taala dan ia pada alam yang zahir ini diserahkan kepada malaikat maut yang mana malaikat maut ini adalah ketua yang diberikan kuasa dalam tugas ini dan bagi malaikat maut ini pula ada beberapa penolong dan pekerja yang membantu.” (Tafsir Mafatih Al-Ghaib)


Maka fahamlah bahwa bukan malaikat maut seorang sahaja yang berkeja mengambil nyawa segala makhluk tetapi ada baginya penolong dan pembantu yang mengikut segala arahannya ketika mengambil nyawa makhluk dan malaikat maut yang dikenali dengan nama Izrail ini adalah ketuanya.

Dan lagi pula malaikat itu sangat besar saiznya sekira-kira bumi ini semua berada dihadapannya sebagaimana seorang yang sedang menghadapai hidangan di atas mejanya di mana hidangan itu adalah seperti bumi ini maka mudah ia mencapai mana yang dia kehendaki.

Imam At-Tabari telah meriwayatkan dari Ar-Rabi’ bin Anas yang telah ditanya tentang malaikat maut adakah malaikat maut seorang diri yang bertugas mengambil nyawa maka jawab beliau :

Ł‡Łˆ Ų§Ł„Ų°ŁŠ ŁŠŁ„ŁŠ Ų£Ł…Ų± Ų§Ł„Ų£Ų±ŁˆŲ§Ų­، ŁˆŁ„Ł‡ Ų£Ų¹ŁˆŲ§Ł† Ų¹Ł„Ł‰ Ų°Ł„Łƒ، ŲŗŁŠŲ± Ų£Ł† Ł…Ł„Łƒ Ų§Ł„Ł…ŁˆŲŖ Ł‡Łˆ Ų§Ł„Ų±Ų¦ŁŠŲ³، ŁˆŁƒŁ„ Ų®Ų·ŁˆŲ© Ł…Ł†Ł‡ Ł…Ł† Ų§Ł„Ł…Ų“Ų±Ł‚ Ų„Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł…ŲŗŲ±ŲØ


Artinya : “Dia yakni malaikat maut yang mentadbir hal-hal sekelian ruh dan ada baginya beberapa penolong atas yang demikian itu kecuali malaikat maut ini adalah pemimpinnya dan setiap satu langkah malaikat maut ini jarak antara timur kepada barat.”


Dan diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya :

Ų®Ų·ŁˆŲ© Ł…Ł„Łƒ Ų§Ł„Ł…ŁˆŲŖ Ł…Ų§ ŲØŁŠŁ† Ų§Ł„Ł…Ų“Ų±Ł‚ ŁˆŲ§Ł„Ł…ŲŗŲ±ŲØ


Artinya : “Langkahan malaikat maut itu antara timur dan barat.” (Tafsir Ibnu Jarir)


Dan diriwayatkan dari Imam Mujahid berkata beliau :

Ų¬Ų¹Ł„ŲŖ Ų§Ł„Ų£Ų±Ų¶ Ł„Ł…Ł„Łƒ Ų§Ł„Ł…ŁˆŲŖ Ł…Ų«Ł„ Ų§Ł„Ų·Ų³ŲŖ ŁŠŲŖŁ†Ų§ŁˆŁ„ Ł…Ł† Ų­ŁŠŲ« Ų“Ų§Ų”، ŁˆŲ¬Ų¹Ł„ Ł„Ł‡ Ų£Ų¹ŁˆŲ§Ł† ŁŠŲŖŁˆŁŁˆŁ† Ų§Ł„Ų£Ł†ŁŲ³ Ų«Ł… ŁŠŁ‚ŲØŲ¶Ł‡Ų§ Ł…Ł†Ł‡Ł…”.


Artinya : “Bumi itu telah dijadikan bagi malaikat maut seperti talam yang besar memuat hidangan yang ia akan ambil dari pihak mana yang dia suka dan dijadikan baginya beberapa penolong yang mematikan jiwa lalu dicabut ruh daripada mereka.” (Telah diriwayatkan dari Abu Nu’aim di dalam kitab Al-Hilyah dan diriwayatkan juga oleh Abdul Razzaq dan Ahmad dan Ibnu Jarir dan Ibnu Al-Munzhir dan Abu Syeikh)


Kesimpulannya 


Tidak ada sebarang kesukaran atas malaikat maut untuk mengambil sekali gus nyawa seberapa ramai manusia di dunia ini sekira-kira dikehendaki oleh Allah.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca bilangan malaikat maut yang mengambil nyawa manusia di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.