Bayi Yang Masih Bertali Pusat Dijumpai Menangis Dalam Longkang
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dijumpai di longkang Jalan Kebun dekat Kampung Solok semalam. Bayi tersebut masih lagi bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan tak sampai sehari.
Pada awalnya, seorang lelaki mendakwa yang anaknya terdengar bayi tengah menangis dalam longkang dekat dengan rumahnya semasa pulang dari mengaji lebih kurang pukul 6.18 petang. Kemudian, bayi itu dibalut dengan sehelai kain dan letakkannya di tepi jalan oleh lelaki tersebut sebelum membuat laporan kepada Balai Polis Tangkak.
Selepas pemeriksaan dijalankan kakitangan perubatan, bayi itu dalam keadaan yang sihat dan dibawa ke Hospital Tangkak untuk pemeriksaan lanjut kata Ketua Polis Daerah tangkak, Superinterndan Mohd Fadhil Minhat. Kes ini dikategorikan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu buang bayi yang boleh dipenjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca terdengar bayi menangis dalam longkang di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?