Ali Puteh Terima Baik Dengan Keputusan Mahkamah
Baru jer tadi balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali mengatakan bahawa dia amat berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengenai tuntutan faraid. Kalau korang nak baca lebih selanjutnya, boleh klik link dekat bawah ni.
Walaubagaimanapun, Ali Puteh menerima keputusan tersebut dengan baik yang mengikut hukum syarak bagi pembahagian harta peninggalan arwah abangnya. Dia juga mengatakan bahawa keadaan ibunya, Sabariah Arshad yang berkerusi roda menyebabkan gagal menghadiri prosiding tadi.
Alhamdulillah... saya pun baru baca laporan media berhubung perkara itu. Saya tak hadir sebab bawa isteri pergi pemeriksaan doktor. Dia kan nak bersalin dan lagipun prosiding itu tiada kaitan dengan saya. Ibu saya pulak kan pakai kerusi roda..Macam mana nak datang. Bagi saya, itu yang paling terbaik bila dah jadi begini. Baguslah, benda itu (harta peninggalan Abam) memang perlu difaraidkan.
Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata dia dan keluarganya tidak pernah menghalang proses faraid malah sebelum ini beberapa kali dia menyebut mengenai hal ini ketika sidang media yang dibuat.
Memang saya tahu, orang cakap saya macam itu yang saya dan keluarga saya cuba menghalang proses tersebut. Orang anggap saya yang salah. Sedangkan masa sidang media yang saya pernah adakan beberapa kali sebelum ini pun dah cakap memang kena faraid ikut hukum Islam. Sebab itu yang sepatutnya.
Alhamdulillah, kedua-dua belah pihak terima dengan baik dan berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Ohmedia harap selepas ni tiada lagi perbalahan di antara Ali Puteh dan kakak iparnya. Semoga urusan mereka dipermudahkan.
OHMEDIA: AKHIRNYA! KELUAR JUGA KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG MEMUASKAN HATI MASING-MASING.
Kredit: Astro Gempak
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?