Akibat Rogol Gadis Positif COVID-19, Pemandu Ambulans Ditahan Polis Dan Dipecat
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku Sabtu lepas di Kerala, India. Ketika itu pemandu ambulans berkenaan ditugaskan untuk menghantar dua pesakit wanita yang dijangkiti COVID-19 ke dua hospital berbeza. Pesakit wanita berkenaan terdiri dari gadis berumur 19 tahun dan warga emas.
Difahamkan selepas pemandu berkenaan menghantar warga emas berkenaan, dia kemudian menghantar gadis berkenaan ke hospital. Namun semasa dalam perjalanan, pemandu berkenaan telah bertindak merogol gadis di kawasan terbiar berhampiran Lapangan Terbang Aranmula.
Sumber gambar dari Newsturbate |
Tindakan pemandu berkenaan menyebabkan dia ditahan polis atas pertuduhan serangan seksual dan rogol serta dipecat menjadi pemandu ambulans. Suruhanjaya Kebangsaan bagi Wanita (NCW) meminta agar Ketua Pengarah Polis Kerala mempercepatkan siasatan dan pertuduhan keatas kes tersebut.
OHMEDIA: SATU TINDAKAN BERANI MATI DARI PEMANDU AMBULANS NI. DAH GADIS TU POSITIF COVID-19, DATANG KAU PERGI ROGOL PULA GADIS TU. PLUS, SIAP KENA PECAT LAGI. AYOOO...
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pemandu ambulans rogol gadis positif COVID-19 di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?