Akhirnya Safiey Mengaku Bersalah & Didenda RM23,000 - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Akhirnya Safiey Mengaku Bersalah & Didenda RM23,000


Selepas cuba mengelak dari menghadiri mahkamah, akhirnya usahawan kosmetik Mohd Saifuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Ilias telah mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang melibatkan penjualan produk tidak berdaftar mengikut Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di Mahkamah Majistret hari ini.

Oleh itu, Safiey perlu membayar denda sebanyak RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan RM18,000 bagi pertuduhan kedua.

Saya mengaku bersalah dan alhamdulillah kes sudah selesai. Saya juga sudah menjelaskan kesemua denda RM23,000 tadi. Apa yang boleh diperkatakan, saya harap perkara ini menjadi pengajaran bukan saja diri sendiri tapi orang lain juga. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini demi menghormati undang-undang. - Katanya kepada wartahan Harian Metro.

Sebelum ini juga Ohmedia ada menaikkan artikel selepas waran tangkap telah dikeluarkan di atas namanya selepas beberapa kali gagal ke prosiding kes.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.