Adakah Mualaf Yang Baru Masuk Islam Perlu Tukar Namanya?
SOALAN
Ohmedia pasti ada antara kita mempunyai sahabat yang telah masuk Islam. Jadi, adakah saudara baru Islam kita ini wajib untuk menukar namanya?
JAWAPAN
Tidak dimestikan muallaf yang masuk ke dalam agama Islam menukar akan namanya yang lama dengan nama yang baru. Tetapi jika dengan menggunakan namanya yang lama sebelum memeluk agama Islam dia akan dikenali sebagai orang yang bukan Islam maka hendaklah dia menukar namanya dengan nama yang menjadikannya dikenali sebagai seorang Islam.
Begitu juga hendaklah ditukar namanya yang lama jika membawa maksud yang keji atau syirik.
Berkata Mufti Mesir Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq :
ŁŲ§ ŁŲ“ŲŖŲ±Ų· ŁŁŲÆŲ®ŁŁ ŁŁ Ų§ŁŲ„Ų³ŁŲ§Ł ŲŖŲŗŁŁŲ± Ų§ŁŲ§Ų³Ł ، ŁŁŁ ŁَŁ َّŲ§ ŁŲ§Ł Ų§ŁŲ¹Ų±Ł ŁŲÆ Ų¬Ų±Ł ŲØŲ£Ł ŲÆŁŲ§ŁŲ© Ų§ŁŲ“Ų®Ųµ ŁُŲ³ŲŖŲÆŁ Ų¹ŁŁŁŲ§ ŲøŲ§ŁŲ±ًŲ§ Ł Ł Ų§Ų³Ł Ł، ŁŲ§Ų³ŲŖŁŲ± Ų§ŁŲ¹Ų±Ł Ų£ŁŲ¶ًŲ§ Ų¹ŁŁ Ų£Ł ŁŁŁ Ų³ŁŁ ŁŁ Ų£Ų³Ł Ų§Ų” ŲŖŲ¬Ų±Ł ŲØŁŁŁŁ ، ŁŲ£Ł ŁŁŁ ŲÆŁŲ§ŁŲ© Ų£Ų®Ų±Ł Ų£Ų³Ł Ų§Ų” ŁŲŖŲ¹Ų§Ų±ŁŁŁŁŲ§، ŁŲ§ŁŲ£َŁْŁَŁ ŁŁŲÆŲ§Ų®Ł ŁŁ Ų§ŁŲ„Ų³ŁŲ§Ł Ų£Ł ŁŲŖَّŲ®ِŲ°َ ŁŁ Ų§Ų³Ł ًŲ§ Ł Ł Ų£Ų³Ł Ų§Ų” Ų§ŁŁ Ų³ŁŁ ŁŁ : ŁŲ¶ŁŁŲ© Ų§ŁŲ“ŁŲ® Ų¬Ų§ŲÆ Ų§ŁŲŁ Ų¹ŁŁ Ų¬Ų§ŲÆ Ų§ŁŲŁ ŲÆŲ§Ų± Ų§ŁŲ„ŁŲŖŲ§Ų” Ų§ŁŁ ŲµŲ±ŁŲ©
Artinya : “Tidak disyaratkan bagi masuk ke dalam agama Islam itu menukar nama akan tetapi tatkala adalah pada kebiasaan bahawasanya agama seseorang itu ditunjukkan atas agama dari yang zahir daripada namanya. Dan telah tetap juga atas bahawa bagi sekelian muslimin itu nama-nama yang berlaku diantara mereka. Dan bahawa bagi setiap agama yang lain beberapa nama yang saling mengenali akan nama-nama tersebut. Maka yang lebih utama bagi seorang yang masuk ke dalam agama Islam itu ia gunakan satu nama dara nama-nama orang Islam.” (Majlis Fatwa Mesir)
Kesimpulannya tidak menjadi kewajipan bagi orang yang masuk ke dalam agama Islam menukar namanya dengan nama yang baru akan tetapi sebaiknya dia menukar namanya dengan nama orang Islam agar mudah dikenali kerana dengan nama itu biasanya lebih mudah dikenali akan agama seseorang.
Wallahua’lam
Kredit : Ustaz Azhar Idrus
+ Baca respon pembaca adakah mualaf yang baru masuk Islam perlu tukar namanya di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?