Sanggup Tanggal & Cuba Sembunyi Gelang Pink, Pasangan Suami Isteri Ditahan Semasa Sekatan Jalan Raya!
Ohmedia baru jer bercerita mengenai makcik gelang pink didakwa di Mahkamah Majistret pagi tadi gara-gara ingkar arahan kuarantin Covid-19 di rumah. Mana taknya, makcik tu boleh makan dan minum pula dekat sebuah kafe di Bandaraya Meru Raya, Ipoh.
Selepas terjadi kejadian terbabit, muncul lagi satu kes yang hampir sama! Kali ini pula melibatkan sepasang suami isteri yang cuba menyembunyikan gelang pink dengan menanggalkannya kerana ingin membeli barang runcit.
Walaubagaimanapun, mereka telah ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang selepas mereka ingin keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO).
Ketika itu mereka menaiki motosikal untuk pulang ke rumah di Kampung Kuala Sanglang sekitar jam 3.30 petang tadi. Pasangan itu ditahan polis selepas dilihat dalam keadaan panik dan mencurigakan. Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. -kata Ketua Polis Daerah Kangar Superintenden Wari Kiew
Ohmedia cuma nak pesan kepada golongan yang memakai gelang pink ni, ingatlah dan sayangilah orang yang berada di sekeliling korang. 14 hari jer kena kuarantin di rumah dan bukannya selama-lamanya.
OHMEDIA: DEGIL BETUL ORANG MACAM NI! TAKNAK PAKAI GELANG PINK, DUDUK DIAM-DIAM DEKAT RUMAH.
Kredit: Astro Gempak
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?