Ketahui Simptom Penyakit Kanser Usus Untuk Lakukan Rawatan Segera
Semalam dunia dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon Hollywood yang memegang watak superhero Marvel Black Panther iaitu Chadwick Boseman.
Kematiannya agak mengejutkan kerana tidak ramai peminatnya yang tahu bahawa dia sebenarnya sedang bertarung melawan penyakit kanser kolon sejak 4 tahun yang lalu.
Jadi apa sebenarnya punca kanser usus ini? Menurut Public Health Malaysia di laman Facebook rasmi mereka ada kongsikan beberapa faktor yang menyebabkan kanser ini dan ia merupakan penyebab kanser kedua tertinggi di Malaysia.
Berikut adalah simptom-simptom untuk diperhatikan:
- Sifat najis yang berubah-ubah bersama dengan kekerapannya.
- Najis mempunyai darah ataupun berwarna gelap.
- Berasa lese dan penat.
- Muka pucat.
- Berat badan turun dengan mendadak.
- Perut asyik rasa tidak selesa.
- Rasa angin buang air besar selalu, walaupun tiada apa-apa yang keluar.
Menurut Public Health lagi, kanser usus di Malaysia selalu dihadpai dikalangan lelaki dan kedua dikalangan wanita (selepas kanser payudara).
Jika korang mengalami sebarang simtom di atas, pastikan cepat melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital di seluruh Malaysia.
Kredit: Public Health Malaysia
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan penyakit kanser ini di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?