"Ada Yang Tinggikan Suara Dan Ada Juga Yang Tidak Mahu Dikuarantin" - Frontliner Kongsi Pengalaman Uruskan Kluster Kayangan Warga Asing - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

"Ada Yang Tinggikan Suara Dan Ada Juga Yang Tidak Mahu Dikuarantin" - Frontliner Kongsi Pengalaman Uruskan Kluster Kayangan Warga Asing


Sebut saja pasal kluster kayangan, mesti dalam fikiran korang teringat isu-isu yang timbul membabitkan mereka menyebabkan kita jemu mendengarnya. Dari yang degil tidak mahu dikuarantin sampailah mengkritik makanan yang diberikan kepada mereka. Itu belum lagi isu mereka buat hal dekat tempat penginapan mereka, habis bersepah bilik penginapan yang diberikan.

Sumber gambar dari Cerita Kini
Jika sebelum ini kluster kayangan membabitkan warga tempatan sahaja, kali ini ia membabitkan warga asing. Kongsi seorang petugas frontliner, kluster warga asing ini lebih sukar kerana banyak ragam. Ini kerana mereka tidak memahami arahan yang diberikan, iaitu kuarantin selama 14 hari sebaik memasuki Malaysia.Tambahnya, perkara ini telah menyebabkan berlaku suasana tegang sewaktu proses pendaftaran PUS di hotel.

Ada antara mereka meninggikan suara dan ada pula yang tidak mahu dikuarantin. Malah, pelbagai alasan diberikan termasuk ada yang memarahi kami,

Ada juga diantara mereka tidak mahu membayar caj hotel yang ditetapkan dengan memberikan alasan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menginap di hotel meskipun ada diantara mereka adalah golongan berada. Situasi ini menyebabkan mereka dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) untuk dikuarantin. Jelas ini frontliner ini lagi, ada diantara mereka tidak mahu tinggal di hotel yang diberikan sebaliknya mahu memilih hotel sendiri atas alasan tidak selesa.

Sumber gambar dari Berita Harian
Tambahnya lagi, para petugas frontliner telah bersikap profesional dalam menangani karenah kluster kayangan warga asing ini dengan memenuhi segala kemahuan mereka selagi tidak bertentangan dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 terutamanya membabitkan kes import.

OHMEDIA: BEGITULAH KISAHNYA GOLONGAN KLUSTER KAYANGAN NI, MACAM-MACAM HAL! BAIK DARI WARGA TEMPATAN SENDIRI HINGGA WARGA ASING.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca frontliner kongsi pengalaman urus kluster kayangan warga asing di Facebook Oh! Media




Dikuasakan oleh Blogger.