Didie Alias Dikecam Warganet Gara-Gara Cium Dahi Pelakon Veteran, Ini Penjelasan Tuan Punya Badan!
Baru-baru ini, Ohmedia ada bercerita mengenai pelakon dan pengacara, Didie Alias memuatnaik satu posting di akaun Instagramnya menunjukkan dia menziarahi pelakon veteran, Abu Bakar Juah yang sedang terlantar sakit di rumah.
Walaubagaimanapun, ramai warganet berasa tidak puas hati dengan tindakan Didie mencium dahi pelakon veteran tersebut. Menurut laporan Astro Gempak, dia sudah menganggap Abu Bakar sebagai bapa sendiri dan keakraban mereka menyebabkan dia tidak dapat menahan sebak.
Terus-terang saya sebenarnya tak mahu melayan isu ini kerana mereka tidak faham bagaimana keakraban saya dengan Ayah (Abu Bakar) yang memang saya anggap seperti bapa saya sendiri. Saya tak tahu tindakan saya itu akan dikecam kerana itu adalah respon semula jadi saya bila Ayah (Abu Bakar) memberi tindak balas dengan mengangkat tangan dan memanggil saya ketika saya datang.
Isterinya sendiri memberitahu sejak dia dibawa pulang dari hospital, Ayah hanya terlantar sakit tanpa memberi sebarang respon meskipun bercakap. Malah dia terkejut dengan respon Ayah pada hari itu. Jadi bila dia respon begitu, saya sedih dan Ayah pun terus ambil tangan saya dan letak di dadanya seolah-olah seperti hendak memberitahu dia sedang sakit.
Saya pun tanpa berfikir panjang terus mencium dahinya kerana terlalu simpati dan sedih dengan tindak balasnya. Ketika itu, saya juga memakai mask. Saya terkejut bila dapat tahu dia kini jatuh sakit kerana kali terakhir berjumpa dengannya adalah pada dua tahun lalu. Dia segak dan nampak sihat, berbeza dengan keadaan sekarang. Saya diberitahu dia kini menghidap kanser hati selepas baru sahaja membuat pemeriksaan MRI.
Apapun, marilah kita doakan agar diberikan kesihatan yang baik untuk Abu Bakar Juah. Semoga cepat sembuh! Ohmedia rasa sedih apabila melihat keadaan pelakon veteran itu sekarang.
OHMEDIA: DAH, JANGAN GADUH GAIS!
Kredit: Astro Gempak
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?